Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Hati - Hati Bila Membeli Barangan Antik [Entri Seram]

Tadi blogwalking kat blog Fairus. Amboi... banyak betul barangan antik milik keluarga dia. Best sangat!  Suka barangan antik tak?  Walaupun rupa dah lusuh dan lunyai, dah nama pun antik kan tapi harga boleh cecah riban riban jugaklah.

Saya nak kongsi di sini satu kisah lah tentang satu 'tabak' [dulang] berbentuk bekas pahar yang kami beli tahun 2000 dulu.  Dalam adat kami orang Iban, kalau anak perempuan bila kahwin dan ikut suami kena beri satu 'tabak' kepada keluarga isteri, sebagai tanda anak perempuan mereka dah kena 'ambil'.  Dipendekkan cerita, kiterang laki bini pun cari punya cari punya cari pahar tembaga ni tapi tak jumpa-jumpa.  Sebenarnya ada tau, tapi dijual kat kedai bernama BATIK INDONESIA di Batu 7 tapi kami tak pergi situ.  OK balik ke cerita tadi, kami dah habis ikhtiar maklumlah gatal nak kahwin kan? Haha.. so tiba-tiba saya dapat idea, eh apa kata pergi ke kedai antik berdekatan dengan Waterfront, Kuching.

Kami masuk ke satu kedai ni.  Wow!  Terpegun saya melihat koleksi barangan antik kat kedai tu.  Ada topi askar British lama, ada pistol antik dan mata saya terpaku saat saya melihat satu meja solek memang sangat antik dan lama.  Cermin masih elok walaupun dah tercalar.  Siap dengan dua laci lagi.  Saya bayangkan kalau disapu varnis semula pasti cantik!  Eh... saya macam terpukau sekejap eeeeiiichakkkk.... jangan-jangan ada 'benda' memanggil suruh saya beli meja solek lama tu so saya cepat-cepat blah.  Eh, ADA LAH!!!  Kami akhirnya dapat satu 'tabak' yang dibuat dari tembaga lama, kemerah-merahan pulak warna dia.  Cantik.  Ingatkan harga beratus-ratus tapi peliknya tokey kedai tu bagi dalam RM50 ke RM60 macam tu saya dah lupa.

Petang tu kami serahkan 'tabak' tu pada ayah.  Komen pertama ayah, dia cakap dalam nada bergurau, "Jangan-jangan tabak ni orang dapat korek kubur".  Ish... mulut ayah.  Kami gelak besar time tu sebab masa tu kan tengah heboh Tomb Raider berleluasa di Sibu dan kawasan sekitarnya.  Pencuri kubur selongkar kubur lama dan curi barang-barang berharga milik si mati.  Ish.. jahat.


Mulut ayah memang masin.  Selama tiga malam berturut-turut dia dapat mimpi ngeri.  Menurut ayah, dia dikejar oleh seorang pahlawan Iban, pakaian macam orang zaman dulu-dulu.  Pahlawan itu siap nak parang ayah saya.  Kesian ayah jadi takut dibuatnya.  Kat rumah ayah memang derang ada buat 'Bible Study' setiap Rabu ikut giliran lah jadi kebetulan Rabu itu dia minta kumpulan buat sembahyang sikit untuk 'deliverance' (halau hantu).  Lepas tu barulah takde 'benda' mengacau dalam mimpi dia.

Tabak tu mak masih simpan sampai hari ini walaupun ayah dah tak ada tapi kami semua memang dapat pengajaran.  Hati-hati bila beli barang antik ni kita mesti siasat dari mana asalnya.  Macam Fairus takpe, itu warisan keluarga.

Hah, cakap pasal kumpul kan pasti ramai suri rumah suka kumpul barangan Tupperware.  Sekarang bukan setakat mak orang, anak dara, anak teruna semua suka barangan Tupperware!  OK, sila baca iklan kat bawah ada offer baeeekk punya untuk korang!

Here comes the icing on top, Churpers!
Tupperware Brands is having a contest and they're giving away 3 Samsung Galaxy Tabs as prizes! Taking place at KLCC Aquaria from 7th Apr – 31st May 2011! Great excuse to visit KLCC Aquaria!
Be the one of every 100th lucky winner to SMS to 012 – 7830 790 and win a Tupperware hamper as well as stand a chance to win the Samsung Galaxy Tab!

See the Samsung Galaxy Tab light up under water as you SMS your details to the phone! Yes, in real time.
Share this with everyone you know! You or your friends may just win a Samsung Galaxy Tab!


*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Tuesday, May 3, 2011

Ish. Malas Pulak Rasanya Nak Kerja [Mood Cuti Sudah On!!]

Dah bulan May kan?  Tak terasa.  Rasa hati ni meronta-ronta nak bercuti.  Tak ke mana pun.  Just dok rumah, jadi mem besar.  Takpun tukang masak untuk budak gebu ni.  Cik abang kata minggu ni nak pergi Lundu, wah rindu lah nak pergi sana.  Rasa nak ikut sekali haha.  Bulan ni saya dah cuti mulai 30 May.  28 May saya dah ke Betong sebab ada urusan.  6 Jun baru kerja balik.  Bosan dengan mesyuarat tak habis-habis.  Bawak balik minit mesyuarat konon nak buat kat rumah tapi last-last lain pulak jadinya.  Asik keluar, habiskan duit beli barang tak perlu haha.  Tapi sebenarnya niat hati nak berjalan, nak exercise sikit sebab saya jenis yang senang gila berpeluh.  Jalan lima minit dah lencun t-shirt macam jogging 10 batu. Kalau berpeluh lemak terbakar tau? So balance lah untuk ganti balik lemak yang diternak selama cuti.  Mana dengan Lontong, Nasi Goreng, Kolo Mee, macam PMS pulak.  A ah.. PMS kut?


Budak gebu ni makin montok la pulak.  Adoi ni kalau dah masuk 20 tahun tah laku ke tidak.  Ada yang nak pinang ke? Haha... Dia paling suka kalau hujung minggu sebab saya dok rumah dan boleh masak untuk dia. Puteri tunggal kesayangan semua orang ni kalau marah memang diva habis.  Ooopss!  Macam mama dia  acuan macam tulah kuih dia kata papanya.  Tak lama lagi ada ujian budak ni tak habis-habis dengan laptop dan YouTube.  Pun macam mamanya jugak.

Tak lama lagi adalah teman mama dia shopping dan bergossip.  Sekarang pun dah terserlah ciri-ciri dia haha.  Bercakap tentang happy bersama-sama ni saja nak khabar ada promosi hebaaaak ni. Korang baca OK?  Siapa Nak Ikut Pergi The Beauty Face, Angkat Tangan!

MAD Deal of the Day: RM68 instead of RM1080 for Full Body Lightening + Jacuzzi + Herbal Ball Back & Neck Massage for TWO PEOPLE and RM300 Service or Product Voucher at Beauty Face, Wisma UOA II.  Ohhhhhhhh A DOUBLE DEAL! This is just for the girlies. Spend some time with your girl friends. After all, a hectic schedule should never come in between a friendship bond ;)  Tell your friends and be rewarded with each purchase!

Klik gambar di atas untuk dapatkan voucher percuma!!

*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Saturday, April 30, 2011

Hari Pekerja & Keluarga Comel Pergi Eksesais!

SELAMAT HARI PEKERJA, HAPPY LABOUR DAY!

Wahh, seronok kan besok Cuti Peristiwa. Alangkah indahnya kalau setiap cuti umum tu jatuh pada hari Ahad hahahaha....


Heheh.  Sorry Desk.  Saya nak rehat rehat gila.  Dah boring ngadap awak hari-hari, boleh tak?


Hari Jumaat kebetulan balik awal.  Hmm... sampai di rumah terus tukar baju dan pakai kasut sukan.  Destinasi seterusnya ialah Taman Lalulintas kat Kenyalang Park sebab tak jauh dari rumah.  Drive dua tiga minit je dah sampai.  Gabby dan cousin nya Easter pun ikut sekali kesian budak dua ekor tu asyik terperap dok rumah aje.  Sampai je terus lari lari anak menuju ke playground.  Bergoyang-goyang lemak perut Gabby, haha.

Saya dan hubby pun tak nak ketinggalan.  Lepas penat buat dua tiga round briskwalking terus berebut duduk atas jongkang jongket.


Sejak keluar dari hospital dan sejak air dah dibuang dari badan, hubby dah susut lebih 10 kilogram katanya. Tapi memang ketara lah sebab seluar dia dah susut 4 inci.  Jeles gila saya tau.



Saja tegakkan kaki nak buat efek hubby lebih berat gitu.  Haha.  Kena turun cepat cepat sebab skru jongkat jongket tu dah tertanggal.  Ganas sungguh budak-budak kat sini eeeeiii!!


Haha.  Gambar tak boleh blah.  Kesian Easter tak turun-turun bila Gabby duduk.  Last-last sebab boring, budak-budak ni pun main buaian.

Kiterang balik cepat-cepat sebab dah Maghrib pun.  Sebenarnya hehe, sebenarnya saya kepingin sangat nak tengok majlis pernikahan Prince William dan Kate Middleton.  Wow.. ramai awek-awek kat luar sana makan hati kan sebab Prince Charming derang akhirnya memilih Kate Middleton yang dulu dah break off sekejap dan lepas tu buat Botox, buat hidung, bibir dan buah dada kemudian berjaya mengikat si buah hati forever and ever.  

As what they narrate in the fairy tales, .... They live happily ever after.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Friday, April 29, 2011

27 April 2011 - Happy Secretaries' Week Buat Kawan-Kawan P.A. Semua


Kamera digital 8 megapixel jenama JENOPTIK buatan Jerman. 


Jam tangan Elle



Hadiah lucky draw - Dinner untuk dua orang di Telang Usan Hotel.

Motif tunjuk gambar semua tu??  Aaarrrr inilah hadiah-hadiah yang saya dapat dua tahun dulu masa ikut seminar sempena Minggu Setiausaha.  Best tak? .... Best kan???  

Tapi sedih gila dah dua tahun tak pergi sebab office takde bajet tapi takpelah sekurang-kurangnya saya PERNAH PERGI.  Memang jealous lah sebab dengar khabar dari kawan-kawan yang pergi seminar ada yang kat sini dan ada yang pergi KL sambil seminar sambil makan angin rehatkan minda sambil buang duit huhu.  

Sedih juga tahun ni sebab lagi takde peluang nak pergi sebab pusat tanggungjawab yang lebih kecil jadi bajet pun terhad.  Bunyi macam melampau kan tapi sekurang-kurangnya inilah masa untuk 'pamper' kan diri sendiri manja-manjalah tu kunun.  Iyelah sebab cuma sekali je dalam setahun dapat berjimba-jimba dengan kawan-kawan satu bidang memang seronok.  Dah bertahun-tahun tak bertemu lepas grad tiba-tiba terserempak so siaplah meraung dan berpelukan sesama sendiri kaedahnya.



Kerjaya ni bunyi macam senang tapi selain menguruskan surat, menaip, menyimpan fail, membuat temu janji, rancangan dan sebagainya, Setiausaha merupakan orang kepercayaan bos.


Satu masa dahulu, kerjaya ini begitu diminati di kalangan wanita kerana ia tampak glamor dan bergaya tetapi mereka cukup profesional ketika menjalankan tugas malah melaksanakannya dengan penuh etika.

Pada masa sama, mereka juga perlu sentiasa proaktif, aktif serta efektif di samping dedikasi dengan kerjaya masing-masing kerana setiausaha ini juga boleh diibaratkan sebagai mata dan telinga kepada sesebuah syarikat ataupun organisasi, tempat mereka bekerja.

Nah.  Itu baru sikit dik non.  Kalau nak tahu 'job description' kami di jabatan kerajaan (jangan ingat orang keja gomen ni goyang kaki ye!!) Sila baca kat sini [KLIK] dan nilaikanlah sendiri.

Bercakap tentang penghargaaan kan, tak lama lagi Hari Ibu, apa kata kita hadiahkan Ibu kita dengan membeli bunga tapi kalau kurang bajet tu korang semua boleh try KLIK SINI so apa lagi, klik lah!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Wednesday, April 27, 2011

Lagu Popular Sangat Tahun 1984 - Ada Yang Masih Ingat??

Ni dia Kumpulan Cenderawasih - Helen dan Irene ... Laki haku suka bebenor dengan derang ni. Siap terkebil-kebil mata dia tengok TV bila derang ni nyanyi. (Waktu dia kecillah, kalau sekarang haku pelangkong kepala dia kalau tak berkelip tengok awek cun menyanyi hahaha hello Datuk Siti Nurhaliza 12  years ago? I used to hate u hahahaha) 


Kalau nak tengok derang nyanyi boleh tengok sini. [Video: Cenderawasih]

Masa lagu ni famous haku masih dok Tadika lagi tau.  So hello kepada sapa yang panggil haku aunty haku perasan muda OK? Hahahahahaha..... Zaman ni ramai penyanyi India sangat terer-suara sedap gila-kelas-mabeles bila nyanyi lagu Melayu.  Alleycats, Ben Nathan, Chris Vadham, Moses Vadham, errrmm..sekarang ada Burn AF, Jaclyn Victor, Dina Nazir (Hahahahahha India keeww???) Sorry Dina, gurau aje sebab Dina gelap and anymore Indian singers that you know, out there?

OK. Enjoy the song and enjoy this picture.  Mahal gila gambar ni tau, kulit kaset, cover kaset jaman tok kaduk.  Masa ni ramai bloggers belum lahir lagi. Hahaha..


Kau berani ke pakai skirt kembang, blouse bahu kembang tinggi sampai pegang gitar Les Paul ke Gibson ke yang berat giler teww??? Zaman ni semua over do dan over the top!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Entri Tak Nak Berak! Hak..Hak..Hak....

Berapa banyak sayur yang haku dah telan dalam masa dua hari?  Cuma pagi je makan sosej rebus dua ketul.  Lunch dan dinner kalau tak sayur campur tumis, sup sayur, atas sayur bawah sayur, dalam sayur luar sayur, kiri sayur kanan sayur.  Tetap degil nak keluar.  Nasib baik kuat kencing sebab minum air putih + teh misai kucing banyak-banyak.  Perut tekejut kot.  Sebab dulu makan banyak sekarang dah kena sukat.  Haha.


Ish.  Amik minit mesyuarat.  Paling tak suka.  Nak nak kalau Pengerusi dan ahli mesyuarat melalut lalut sampai ke laut topik derang sure haku ngantuk nguap-nguap manja gitu.  Kudapan hari ini of courselah kuih dua jenis iaitu Kek Batik yang marvelous dan Popia Goreng yang tebal kulit tapi isi sikit sangat kedekut punya orang.  Rangup memang rangup tapi kesian kalau dah sejuk jadi liat, hahaha.. terkial-kial staff yang tua-tua nak menggigitnya.


Haaaa..ini lunch untuk orang gedik.  Sayur campur tanpa nasi.  Telan dan bersyukurlah dengan rezeki depan mata.  Haha. Dah berapa hari dah menarah sayur tapi membuang pun susah!!  Hasilnya, hari ini, dengan rasa nak membunuh dan memecah scale (penimbang) berat haku statik.  Tak berginjak walhal haku tak makan benda pelik selain dari sayur tanpa nasi.  Minum air pun lebih dari cukup habis kenapa tak buang air besar lagi???? Aduiiiiii.... 

Last-last on the way balik rumah singgah kat Guardian.  Geledah punya geledah aku pun cekau lah pil Bekunis satu.  Julap pun julaplah.  Cirit pun ciritlah janji semua makanan haku yang dua hari tu dibuang keluar dan timbangan makin berkurang.  


Kita tengok besok, mencirit ke tidak.... Dah mampat gila macam ni.  Baik takyah diet.  Dulu tak diet hari-hari berak 2-3 kali, sihat usus haku.  Mesti korang suruh makan sayurlah, makan buahlah.  Heloooo???!!!!  Aku dah separuh manusia separuh kambing dah ni.  Tekak ni teringin gila sangat sangat nak sangap nasik tapi kena tahan dulu. Dalam fridge tu dah nak habis semua sayur kobis, karot, sawi, taugeh haku kerjakan.  Hari ni pun bawak bekal buah epal hijau.  Hari-hari camtu je.  Bodoh punya perut.  Huhu...

So, nantikan review kesan penggunaan Bekunis untuk kali pertama, haha!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Tuesday, April 26, 2011

Lagi Gadis Jadi Mangsa Menyeludup Dadah Sebab Terpengaruh Dengan Lelaki Kulit Hitam! Damn!

Orang selalu nak kutuk-kutuk pendatang dari Indo, Bangla, Myanmar datang Malaysia  tapi sekurang-kurangnya mereka cari rezeki halal buat kerja yang orang Malaysia malu gila nak buat macam kerja kontrak dan jadi atendan pam.  Well, di sini aku nak stress on pendatang yang terhormat sikit iaitu Abang Hitam, Orang Minyak, Mat Negro lah kalau masih tak paham.  Aku pun heran lah dengan derang ni tak serik-serik buat hal kat tempat kita.  Kat kolej S*** tempat kawan aku belajar mereka ni memang DIHARAMKAN sama sekali sebab suka kacau anak dara orang kampung [sexual harassment dalam kelas].  Tak termasuk kes  bini orang ikut Mat Gelap ni lari, Black Money, kes rogol dan pulak tu suka mengayat awek-awek tempatan.  Ayat baek punya pasal tu pompuan cair.  Dahla derang ni aku tak tau berapa umur masuk Darjah 1 sebab rata-rata yang datang masuk kolej umur bapak orang doh.  Kita sini kalau masuk kolej muka jambu bersih suci murni sebab baru habis SPM/STPM.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita yang sangat tidak enak untuk didengar.  Gadis tempatan yang cetek pemikiran dipergunakan oleh mereka ini (Mat Negro) untuk menyeludup dadah keluar dari negara ini.  Bukan seorang dua yang kena dan baru-baru ini disiarkan dalam Utusan Borneo, seorang gadis dari Betong, Sarawak, masih student (Nursing student kat SEGi College) jadi mangsa mereka dan dijanjikan habuan sebanyak RM 5,000.  Kesian kan budak ni?  Duit boleh buat orang jadi rabun.  Orang yang terpelajar pun boleh jadi bodoh kerana duit.

Sapa tak teringin kalau diberi peluang dapat duit banyak berkepuk-kepuk dan kalau jadi jutawan itu dah jadi satu bonus!  Adakah korang jutawan yang dicari?  Kalau nak tau jangan segan jangan malu kalau teringin nak jadi jutawan marilah KLIK SINI.  


*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Monday, April 25, 2011

Wuiiitss?? Mata Ku Kenapa????

Pagi tadi camwhoring kat ofis lepas touch up muka.  Upload gambar, belek belek.  Eiikkk???? Hold on, chop! chop!  What the ..........????  Mimpi ngeri sudah bermula.  Memang benar kata kawanku Winnie.  Bila berat susut, muka ikut sekali tak lama lagi jadilah macam muka Bull Dog. Oh Tidakkkk!!! Tu belum lagi termasuk keguguran rambut dan sebagainya.  Terus bandingkan muka dan mata sekarang dengan header.  Header tu perggghhh gebu macam muffin!!



Wuish.  Bertambah 'tua' lak rupa haku.  Huhu.  Tak boleh jadik ni.  Any solution readers out there?  Anyone???  Lunch break haku merajin-rajinkanlah diri ini untuk menGOOGLE carik produk yang dapat membantu mengatasi masalah sagging eyes ni. Mata melayut ekk??? Hhahaa... OK. last-last dapat benda ni. Boleh tahan, award winning product which means memang gerenti 120% ni!



Bio Essence Serum Kontur-Terik??? Untuk mata lah... dengan emas 24 karat fuiyooo!!  Dengar kata murs-murs (murah2) katanya.. orang katalah.  So tunggu lusalah pergi Guardian nak tapau satu, sebab besok kena lenjan badan pecah lemak dulu hahahha... so busy sikit.  Lusalah kita pergi, balik kerja terus beli.  Haaa, korang yang dok KL atau kawasan sewaktu dengannya untunglah sebab dapat buat treatment facial percuma, cepatlah rebut offer tu KAT SINI!!  Pasti malatopppp lepas buat facial nanti.  

Susah kan jadi pompuan? Layut sikit terus panik.  Kalau tempat lain gelebeh dan layut cemana lak tahap panik nye ye dakk??  Orang pun nak gak santek macam Yuyu Zulaikha ke, Hanis Zulaikha ke, takpon macho macam Ben Ashaari!!  Hahahah.. haruslah daku menjadi wanita perkasa otot ketul ketul macam durian kan Ben kankankan????  Padanlah trafik blog tak kencang sebab haku hodoh.  Serious.  Hodoh gila haha.

Hmmm.. orait nak sapu losyen nak wangi-wangi dulu.  Eh? Bukan ni losyen kalah itu pati halia mustajab sebab aku boleh menggelupur malam pertama pakai harap-harap hujung bulan ni bolehlah ada lagi turun banyak inci.  2 minggu aku dah susut 11 inci takpe, teruskan usaha tangga jaya. Lagipun sapa tak siok dapat losyen free yang satu set harga hmmm sama ngan gaji haku setengah bulan.  Nasib baik ada kawan yang jadi duta produk ni boleh dapat free (ailebiu my pren!).

Ok, permisi dulu donk! Daaaaaaaaaa!!!!!!!!!!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Facebook Buat Dunia Jadi Kecik Aje!

Memang Facebook ni buat dunia jadi kecil.

Pusing-pusing, pusing-pusing, jumpa orang yang kita kenal.  Yang paling best, kita kenal orang di sekeliling mereka bila tengok 'mutual friends'.  Tadi haku bukaklah FB macam biasa.  Tiba-tiba nampak satu mesej kat inbox tanya khabar ayah dan kirim salam kat dia.  Haku dah rasa lain dah terus tanya sama ada dia kenal ayah aku.  Lepas tu orang tu balas balik.  Dia kata ya, sama-sama training askar kat Melaka tahun 1973 dulu.

Aku bagitau uncle tu mintak maaf sebab tak tau nak cakap just bagitau yang ayah dah takde lagi.  Sedih gila time aku menaip tu.  Lepas tu aku add lah dia dalam friend list, yelah kawan ayah pun kawan aku jugak kan? Kan aku anak ayah?? Haha..  Iye Memang aku anak ayah suma orang tau.... semua cakap aku macam ayah. Cara cakap, gelak, lawak bodoh.  Damn.  Time ni aku teringat sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir, dia menoleh tengok aku yang duduk kat luar, kemudian dia tumbang.  Trauma aku sampai hari ini.  Malam terakhir dengan ayah, seronok gila dia balun habis buah anggur dalam peti sejuk.  Buat ribena ice lagi petang tu.  Tak sangka malam tu lah malam terakhir aku dengan ayah.  Oh ya, hari ini payday rupanya.  Lagilah aku teringat kat dia sebab time terima gaji nilah kami saling calling-calling dan dia promise nak masak sedap-sedap kalau aku datang (bayar elaun kat mak).  Rindunya.... tak terasa dah dekat 2 tahun dia pergi.  

OK. Kita tinggal dulu cerita sedih sebelum aku meraung macam Jennifer Hudson.  Balik kepada cerita uncle tadi, bila aku belek-belek album gambar rupa-rupanya aku kenal anak dia, satu sekolah lak tu!!  Sekarang tempat kerja pun di bawah satu jabatan.  Kecik kan dunia ni??? Hehe.

[Foto: Bukan Mak Coki, ni mak rimau..auuummm hahaha.. Comel tak?]


Sejak ayah takde mak lah tempat menumpang kasih.  Kadang-kadang kiterang suka buli mak sebab dia sangat penyabar dan susah nak tengok dia marah.  Owwwhh... kalaulah ada hati haku sesuci hati mak.... Errmm, eh ada kontes lah sempena Hari Ibu tak lama lagi weh.  8 Mei nanti adalah Hari Ibu.  Untuk menyatakan kasih dan cinta pada ibu-ibu  kita mari kita sama-sama amik bahagian dalam peraduan INI.  Korang ada Facebook kan???  Kalau ada apalagi amik kamera tak kisah Lomo ke, Digital ke, DSLR canggih atau henpon cabuk macam haku jom kita klik klik gambar ngan Mak!!!





*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Saturday, April 23, 2011

Akademi Fantasia 9 : Kenapa Ko Kak Ogy Oii??

Komen sangat vokal dan transparent sampai baju pun transparent!


Orang nyanyi bagus, perform bagus dia suruh gugur.  Si Leena meneran tiru suara Ella dia kata bagus.

Nasib baik kanda Norman komen dia takde originality.  Haku pun dengar benda yang sama.  Ciplak Ella.  Komen Hattan aku pun setuju sebab Norman dan Hattan dua dua penyanyi.  Kak Ogy, tak hengat!  Dia sendiri nyanyi pun tak power sangat.  Nak dengar?  




Haku taklah fanatik dengan mana-mana pelajar sebab bagi haku tak kisah sapa juara, yang penting pembawaan selepas habis pengajian di Akademi (diiktiraf ke?? Haha).  Macam kat sekolah jugak.  Tak kisah ko nombor satu ke tercorot ke yang penting macam mana ko hidup kat luar sana bila dah habis sekolah nanti, in future OK?

Oh bila tengok baju kak Ogy yang jarang tu teringat kat belly dancer.  Pinggang ramping, curvy giler kau!  Oooitt!! Sapa nak pinggang ramping (haku punya rampung!)  OK.  Sapa nak pinggang ramping meh ikut Mizz Coki kat SINI!!



p/s:  Aisehmen..gugur ayer mata duyong si Amir.  Sik hal Mirrr... boh congek gilakkk hahhaa..


*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Nak Bertumbuk Macam Rocky Balboa!

Nak bertumbuk dengan siapa??

Takde sebenarnya tengah syok tengok movie tahun 1982, Rocky III zaman ni Sly Stallone masih belum kembang mukanya dan Mr. T masih kurus wow seiras Evander Holyfield.  Tau sapa Evander Holyfield? Kalau tau takpe, kalau taktau buat buat tau, bukak Google OK?

Nilah rupa Sylvester 'Sly' Stallone sekarang.  Kembang semangkok kauu!


Dah 65 tahun tapi rupa muda 15 tahun!  Orang banyak $$$$ haruslah main cucuk kan? Haha.

Dari kiri:  Sambal Tumis Ayam & Sayur Campur Tumis.  Tumis-tumis untuk lunch!!

Oh ya, hati manyak sinang ini hali.  Selepas dua minggu (genap 14 hari) kontrol makan dan melenjan badan untuk memecah lemak sampai jalan terhincut-hincut sebab galak gila berjalan briskwalking semalam maka hari ni dengan rasminya aku dah hilang 5.5kg dan kurang 11 inci selepas diukur seluruh badan.  Wow!!  Sepatutnya kurang 6.5 kg kalau ikut perkiraan tapi itulah.... aku naik tiba-tiba 1kilo hari Khamis lalu.  Hampeh!  Memandangkan hari ini hari 'Merdeka' so aku masaklah Sambal Tumis Ayam dan Sayur Campur Tumis.  Sekali aje nasi putih untuk seminggu OK?  Petang ni kalau tak panas sangat aku nak bersauna tapi nampak gayanya aku dah banyak keluar peluh sebab jadi bibik, turun naik atas, cuci baju, sapu rumah, masak, cuci pinggan.  Rasa ringan dan tak pening macam selalu. 

Lepas tu rehat kejap konon nak buat window shopping sikit tapi last-last main Facebook sampai petang sampai tertido meleleh ailio atas settee.  Mestilah, kan kita berazam nak menjadikan Malaysia sebagai 'FACEBOOK CAPITAL OF THE WORLD'!!! Yaayyy!! So marilah bersama-sama menjadikan impian kita ini jadi kenyataan.  Senang aje, nak join aku korang KLIK SINI je.

OK.  Masa untuk memasak dinner pulak.  Jumpa lagi esok!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Friday, April 22, 2011

Teringat Kat Ayah, Hati ku Sayu...

Helllowww!!!!

Semalam cuti umum kat Sarawak.  Bangun pagi-pagi lagi dah mandi sebab busuk haha.  Takdelah.  Hari ini macam biasa semangat luar biasa hendak memenatkan badan dan mengeluarkan peluh.  Hubby terlebih rajin harini pergi menggodek kedai yang jual baja sebab dia nak promosikan baja kompos.  Kompos pun komposlah Yang oiii janji kerja halal kankankan??  

Dalam meronda ronda tu kiterang passed by lah tempat kerja ayah dulu.  Tiba-tiba hati jadi sayu sebab teringat kat dia.  Ayah, haku rindu sangat kat Ayah tau.... Nasib baik pakai shades so tak nampak air mata bergenang berkaca kaca tunggu menitik aje.  :(

Well, kita tukar topik sedih jadi topik makan la pulak.  Pagi-pagi breakfast telur rebus keras dua bijik.  Masih lagi diet protein gila gila ni.  Pastu lunch cuma makan dua hiris buah betik dan air mineral.  Petangnya sebelum pergi taman (orang nak exercise OK?) minum segelas SlimDietII dan malam dinner sup sayur semangkuk besar.  Mari kita lihat apa yang Mizz Coki makan hari ini.  Haha..


  1. Dua bijik telur rebus keras
  2. Dua hiris buah betik
  3. Satu mangkuk besar sup sayur campur
  4. Air mineral dan SlimDietII.  Takde kopi, teh dan Milo.  Selang seli dengan air putih sebab kena berpeluh gila.


Amacam, OK tak? Harap-harap timbangan hari ni berkuranglah satu kilogram sebab hari Khamis tu haku dah naik satu kilo walhal tak makan apa apa pun melainkan epal hijau dan dua ketul sosej.  Dari mana datangnya satu kilogram itu?  Saspek utama:  Kurang kencing dan tidak buang air besar haritu.  Memang kecewa sangat!!!!!!  Jadi sebab itulah kena berjalan kaki sebanyak empat pusingan gila gila sampai semput dan baju basah lencun supaya air di badan dapat dikeluarkan.  Harus usaha lebih ni kalau tidak memang consultant tu tibai aku kaw kaw hari ini sebab hari ini derang nak ukur berapa inci aku sudah kurang maaaa.. nanti sound kat blog hoccay????

Bercakap tentang usaha tangga kejayaan ni kan, ada satu movie Indonesia ni tajuk dia CEWEK GOKIL.  Ertinya Perempuan Gila-Gila macam tulah.  Mengisahkan Keke, seorang gadis yang sangat determine gila gila berusaha untuk membeli kereta Mini Cooper.  Dia ni memang sangat rajin, bayangkan dia student, buat kerja part time jadi salesgirl jual apartment.  Di samping itu terlibat dalam MLM dan mengajar tuisyen Matematik dan English sambil itu menolong ibunya menghantar jahitan yang dah siap kepada pelanggan.  Korang tengok sendiri trailer filem ini dan mesti korang rasa bersemangat!  Dah ada kat  YouTube dah, haku memang obses gila dengan filem-filem kat YouTube especially filem Indo.  Rasa-rasanya hampir semua aku dah tarah sampai drama derang pun aku balun sekali.



OK.  Nak dapatkan kereta Honda City dengan cara yang lebih senang lagi tak??? Taklah korang susah susah macam si Keke.  iPad pun korang boleh dapat.  Haaaaaaa.. pertama korang mestilah pengguna prepaid DiGi.  Ye ke tak??? Kalau ya, OK korang ikut arahan KAT SINI.  Good luck sayang!! 


*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Thursday, April 21, 2011

Lelaki Hisap Nenen!

Bukak mata. Mandi. Berus Gigi. Baca mantera depan cermin supaya cantik macam Lisa Surihani. OK, itu tipu, kihkihkih *evil

Bukak laptop. Bukak Nuffnang. CHOY! CHOY! CHOY!


Eeeii tak senonoh.  Patutlah haku tak dapat BE earning sebab TAK BERKAT.  HAHAHA!!!!
Ok.  Takpe.  Itu untuk senyuman hari ini.  Hah!  Ada satu lagi benda best, hebat, vasskebaboom!  Nak berlumba tak?  Moh ler kita challenge berlumba-lumba untuk dapatkan iPad 2, BB Bold 3, iPod Touch dan pass untuk menonton wayang.  Kontes ni senang je rugi korang tak cuba.  Haku tengok dah ramai yang tengah kejar-mengejar dah vroom vroom dah.  Haku je yang lambat. Choy lagi!  OK.  Kalau korang blur tapi korang nak mengejar haku jom lah silakan KLIK SINI!!  Selamat berlumba!!!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Macam Haram!! Hahaha!!

Bersemangat sungguh haku mengUPDATEkan bio for blogger kat Nuffnang dengan harapan dapat BE besok lusa.  Bila dah habis klik SAVE tiba-tiba dapat benda ni!!

Macam haremmmm!!!!

Eiiiiiii!!!! Tak pasal-pasal bertambah DOWN lah feeling mak harini tau.  Dahlah tadi gi timbang berat adeke patot naik SEKILO???? Sekilo OK? 1000gram.  Bayangkan makan malam takde semalam doh.  Minum Milo aje.  Pagi ni bantai telur rebus keras pastu lunch sosej 2 ketul direbus.  Petang makan 3 keping Jacob's Low Salt High Fibre crackers tu.  Alih alih penimbang naik sekilo?? Dahla ko lapar kebulur nak makan betapa kecewanya bila nampak timbangan tu naik.  Hampeh!


OK. Besok petang tak kira jugak!  Mesti kena keluarkan peluh (air dalam badan ni).  Hissh tak pasal pasal haku kena marah dengan consultant kenapa naik sekilo!!

Mesti! Mesti!

OK.  Mata dah ngantuk.  Jom tido!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Wednesday, April 20, 2011

Esok Sarawak/ Sabah Cuti Good Friday - Siri Bercakap Dengan Diri Sendiri

*Take Note:
Biru:  GOOD MIZZ COKI
Merah:  BAD MIZZ COKI

Esok cuti umum. Jangan jeles.

Bakpe nak jeles???

Last counter check.

Mizz Coki, minit mesyuarat dah siap??

BELUM.

Surat panggilan mesyuarat Selasa depan dah siap??

BELUM.

Ahhhh abis apa ko buat dari pagi tadi????

MEKAP. MINUM. AWAN DANIA. GAMES.

Baik ko buat kerja sekarang.  There will be No Lunch and No Break for You. I need to see your minutes before 5:00 p.m.

OK.  I WILL.  MEANWHILE LET ME EXPLAIN.......


I'M SO IN THE MOOD OF HOLIDAYING, SO SORRY kalau terasa macam malas hari ini.. Memang pun malas.  Nak update blog pun rasa dah tepu dah otak ni.  Malas nak perah idea so I give u this!

Tata!


*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Tuesday, April 19, 2011

Kenapa Kadang-Kadang Saya Malas BerBLOGWALKING??

Kenapa kau tanya?

Perlu nak tau?

OK.  Blogwalking ni bagus sebenarnya untuk kita mencari kenalan baru di samping mencari idea untuk update blog.  Selain daripada itu ianya secara tidak langsung dapat membantu dalam menaikkan trafik ke blog kita.  Haku suka berBW tapi dalam dunia ni ada tiga (3) benda yang membuatkan haku tak berapa gemar sangat kalau sesuatu blog tu bila kita klik aje;

1.  Lagu/Video dimainkan secara otomatik.  Bayangkan time tu tengah malam (haku suka surf internet sampai jauh malam) sedang asyik melayan BW dan speaker tengah ON.  Tiba-tiba lagu keluar dengan kuatnya sampai melompat cik hubby yang sedang nyenyak tido.  Sebenarnya speaker dah slow tapi heran pulak haku cemana bunyik lagu dalam blog tu boleh jadi kuat sangat.  Bayangkan kalau speaker tak dikecikkan bunyi.  Hampeh.

2. Blog comel bola bola api.  Yang ini boleh mendatangkan marah.  Blogger pompuan lah yang suka buat ni.  Ada salji berguguran + background lip lap lip lap + Kartun yang siap greetings Hai di kiri kanan, cursor bunga matahari/bunga taik ayam sampai tak boleh nak klik sebab salah 'aim' + terlalu banyak animasi (kartun atas bawah kiri kanan) + guna font yang juling mata nak membacanya. =  I SAY BYE BYE TO YOU!! Iye, tau, blog kamu memang comel tapi tolonglah.... kurangkan sikit grafik tu SEBAB LOADING JADI LAMBAT OK? *hair flip

3.  Gambar sebesar alam semesta.  Adoi, tak reti ke nak downsize kan gambar yang oi??  Taulah gambo yang kamu hambik tu cantik, guna DSLR, mabeles, klempes.  Boleh tak tolong tecik kan dulu?  Kalau pembaca nak sangat nengok gambo kamu tu, derang boleh klik kan aje, tak susah.  Dahlah dengan layout yang berat ditambah dengan gambar sebesar skrin PC sampai 7-8 gambar dalam satu entri.  Sampai tahun 2020 pun tak habis loading.  Lambat!!

Ingat, kebanyakan pembaca membaca blog dari pejabat.  Betul, kalau ikut rating kan, pembaca paling banyak pada hari bekerja dan kurang pada hujung minggu.  Internet kat pejabat kan kena kongsi ramai-ramai jadi connection dia lambat.  Bila masuk blog-blog yang bermasalah ni memang takde chance lah.  

So, cuma pendapat jujur dari haku.  :D Kalau terasa tu mintak maaf aarrr..  cuma pendapat aku je, diulangi, cuma pendapat aje.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Sunday, April 17, 2011

Catatan Hujung Minggu & Review TVi RTM (Channel 180 di Astro)

Hari minggu takde apa nak dibuat.  Takde apa nak dibuat bermaksud dok rumah, tengok TV, blogging dan menjahit felt.  Pagi pagi dah bangun walaupun malam tadi tidur pukul 2:40 pagi.  Kenapa??? Adalah masalah komunikasi sikit, yang haku dok menunggu bapak mertua ku balik tak sampai sampai rumah.  Dia balik kampung mengundi tapi orang rumah tak bagitau aku yang dia tidur kat rumah adik ipar aku.  Sudahnya aku mengamuk pukul 2 pagi sebab aku dok menunggu kepala dah pening, dahler lapar, sempat gak aku colek sesudu kuah kari dalam mangkuk kaserol lam esbok.  Sabar Mizz Coki, sabar...   Bangun pagi awal gila pukul 6:50 gitu korang kirela berapa jam haku tido.  Pepundi kencing rasa nak meletop sebab banyak minum air kut.  Bila mata dah terbongkang luas, mulalah aku bukak laptop putih suci murni ku ini.  Hubby pulak pukul 7:45 dah sound aku nak breakfast kat luar ke tidak, aku jawab of courselah darling.  Sesi membalas dendam sudah terpana dalam otak sebab kan semalam aku nangis sebab Ah Seng tutup stall kan?  Haha.

Tutupp???!!!!  Sekali lagi aku dikecewakan oleh Ah Seng.  Rasa putus cinta pun iye jugak.  Dahsyat kan penangan Ah Seng ni?? Haha. Sudahnya hubby pun membelok ke arah Daily Food Court.  Order Teh O kecik dan Kolo Mee yang rasanya tak seberapa haku gagahkan tekak untuk menelan tapi tiba-tiba mata aku terpandang satu stall jual kuih.  Eh, ada popia basahlah!  Haruslah haku merembes sebab popia basah adalah kesukaan ku.  Sedap tau.  Ada taugeh, sengkuang, sos kacang, tauhu cincang, aduimakkkk... dengan kulit popia yang tipis lembut pastu aku pilih yang pedas untuk dibawa balik ke rumah.  Ramai rakyat kat rumah haku hari ni, sebab adik ipar aku dan anak-anaknya tidur kat rumah kiterang. Tak lupa jugak aku rembat 5 ketul pulut panggang sebab aku tau mak mertua haku suka pulut panggang.  Sampai kat rumah haku sambung kerja menjahit felt sampai la waktu lunch.  Tak makan nasi tengah hari ni sebab haku kan dah membalun nasik semalam siap dengan kari ayam lagi.  So lunch aku hari ini ialah dua ketul sosej ayam direbus, setengah biji epal hijau dan sebiji pisang.  Sebelum tu aku dah minum shake SlimDietII biar kenyang sikit.  Sosej dua ketul tu takat taik gigi je buat haku.  

Petangnye pulak hubby ajak pekena ABC dan rojak.  Rojak?? Hmmm.. OK mari berfikiran positif.  Rojak kan ada sayur dan buah kankankan? So OK.  Projek ON.  Haha.  Tapi haku tak order ABC, cuma kita tapau je bak balik umah.  Haku cuma order White Lady je.


Ini White Lady.  Manis masam segar. Terliur haku dengan gambar ni.  Ciss!

Sampai rumah siap tengok channel 180 wa cakap lu.  Channel TVi RTM tu.  Adoi bukan main lagi satu rumah gelak sakan tengok klip video lagu Iban dan Bidayuh macam semborono aje derang ni.  Adoi, bukan nak mengCONDEMNkan artis negeri sendiri ada yang nyanyi mendatar dahla kualiti bunyi macam rakam guna henpon aje.  Tiba-tiba ada satu klip video ni haku dah melopong dah sebab nampak familiar sangat 'model'nya.  Hubby dah gelak dah sebab my beloved friend alahai si Loli dalam TV!!


Hahahah!!  Aksi Loli tengah 'putus cinta' sebab bf dia syok kat orang lain.  Oh ya, bf Loli, si Caleb pun ada  berlakon dalam klip video ni jugak.  Luculah korang nok.  Komen aku tak banyaklah.  Cuma aku tak puas hati macam banyak sangat kekurangan TVi ni.  Tapi logik jugak sebab RTM kan, mintak maaflah RTM.  Kalau berita tu RTM memang terbaek tapi tidak rancangan dan pengacara mereka.  Korang pikirlah haku ingat kan si Alif AF8 yang suara bulat garau tu boleh baca berita pakai t-shirt??? Nasib baik dia pakai jaket kat luar.  Lepas tu cara dia baca berita memang macam baca Hollywood punya gossip.  


Ha.  Alif yang kanan sekali tu.  Dia pakai lebih kurang macam tulah masa baca berita pendek. Cara penyampaian pun masih kurang takpelah dia kan orang baru tapi cara dia sebijik macam narrating program masakan pulak. Paling aku suka pasal TVi sebab banyak tonjolkan adat resam dan budaya suku kaum di Sarawak.  Pokoknya sangat berinformasi dan informatif gitu.  Oh ya band hubby pun ada jugak disiarkan tapi hubby dah tak nge-Band lagi sebab banyak sangat komitmen dipikul.

OK.  Wah banyak pulak write up kali ni.  Heheh. harap korang tak bosan.  Esok kerja OK?  Malas rasa nak turun besok.  Badan lak rasa kena pukul, alangkah sedapnya kalau dapat diurut kan?  BN menang tapi tak isytihar besok cuti umum, huhhh!  Hampeh.




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Tuesday, April 5, 2011

Cuaca Sekarang Macam Tak Menentu!

Ish..ish.. Perasan tak korang sekarang ni cuaca macam hentam kromo aje kan??  Tadi pagi panas menggila sampai menyengat ubun ubun rasanya, wow!

Tiba-tiba petang pun hujan....... lebat lak tu.  Eh? Lebat ke? Kejap je, saja nak basahkan rumput rampai kaedahnya.

Cuaca kat Malaysia ni pun macam ikhtiar usaha jaya Cik Coki nak berdiet.  Kejap ON kejap OFF.  Ingat lagi tak dengan ENTRI INI?  Mizz Coki janji nak buat review kankankan??


Huhu!!  TAK JALAN DERRR!!!!!

Hahahahahahahahabis sekotak, lemak belambak lagi...

Takpe, kita cuba yang lain pulak ye???

Hahahahaa....





*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Wednesday, March 30, 2011

Bila Suami Masuk Wad - Bahagian 1

23 Mac yang lalu Nyung Nyung dimasukkan ke wad perubatan kerana 'Young Hypertension'.  Tension kerana mulut becok isterimu kah wahai suamiku? Hahahaa...  Sebenarnya penyakit dia ni lama dia dah tanggung, disuruh berubat takmo.  Amik ko orang degil.  Haaa..degilllah lagi.  Intention nak pergi ke hospital sebab dia dah tak larat lagi dah.  Tidur dah tahap duduk, nafas semput, berjalan kaki 3-4 langkah pastu nak pitam.



Suasana di satu sudut di Pusat Kecemasan dan Trauma, memang trauma Mizz Coki menunggu suami tercinta yang sedang dirawat di Zon Merah.  *berdebar.


Sah.  Ni masa mula-mula masuk ke Wad Perubatan di tingkat 8.  Kesian bila tengok dia begini.  Itulah. Lenkali jangan degil.


Yang ni apsal lak termenung yang oi?  Ooohhh, boring ye.  Kalau dulu-dulu pergi hospital/klinik taklah check-in kat 'hotel 5 bintang' ni.  

Mizz Coki dengan rasminya menjadi jururawat tak bertauliah menjaga suami tercinta selama 5 hari 4 malam.  Mizz Coki ada banyak kerja nak dibuat lepas ni.  Kerja pejabat lah, masak untuk orang sakitlah, heeheh... kena jaga pemakanan budak nakal sorang ni.

Nanti Mizz Coki buat sambungan cerita kat hospital lagi ye.  Ada banyak adventures yang kita telah lalui bersama!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!