Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Teringat Kat Ayah, Hati ku Sayu...

Helllowww!!!!

Semalam cuti umum kat Sarawak.  Bangun pagi-pagi lagi dah mandi sebab busuk haha.  Takdelah.  Hari ini macam biasa semangat luar biasa hendak memenatkan badan dan mengeluarkan peluh.  Hubby terlebih rajin harini pergi menggodek kedai yang jual baja sebab dia nak promosikan baja kompos.  Kompos pun komposlah Yang oiii janji kerja halal kankankan??  

Dalam meronda ronda tu kiterang passed by lah tempat kerja ayah dulu.  Tiba-tiba hati jadi sayu sebab teringat kat dia.  Ayah, haku rindu sangat kat Ayah tau.... Nasib baik pakai shades so tak nampak air mata bergenang berkaca kaca tunggu menitik aje.  :(

Well, kita tukar topik sedih jadi topik makan la pulak.  Pagi-pagi breakfast telur rebus keras dua bijik.  Masih lagi diet protein gila gila ni.  Pastu lunch cuma makan dua hiris buah betik dan air mineral.  Petangnya sebelum pergi taman (orang nak exercise OK?) minum segelas SlimDietII dan malam dinner sup sayur semangkuk besar.  Mari kita lihat apa yang Mizz Coki makan hari ini.  Haha..


  1. Dua bijik telur rebus keras
  2. Dua hiris buah betik
  3. Satu mangkuk besar sup sayur campur
  4. Air mineral dan SlimDietII.  Takde kopi, teh dan Milo.  Selang seli dengan air putih sebab kena berpeluh gila.


Amacam, OK tak? Harap-harap timbangan hari ni berkuranglah satu kilogram sebab hari Khamis tu haku dah naik satu kilo walhal tak makan apa apa pun melainkan epal hijau dan dua ketul sosej.  Dari mana datangnya satu kilogram itu?  Saspek utama:  Kurang kencing dan tidak buang air besar haritu.  Memang kecewa sangat!!!!!!  Jadi sebab itulah kena berjalan kaki sebanyak empat pusingan gila gila sampai semput dan baju basah lencun supaya air di badan dapat dikeluarkan.  Harus usaha lebih ni kalau tidak memang consultant tu tibai aku kaw kaw hari ini sebab hari ini derang nak ukur berapa inci aku sudah kurang maaaa.. nanti sound kat blog hoccay????

Bercakap tentang usaha tangga kejayaan ni kan, ada satu movie Indonesia ni tajuk dia CEWEK GOKIL.  Ertinya Perempuan Gila-Gila macam tulah.  Mengisahkan Keke, seorang gadis yang sangat determine gila gila berusaha untuk membeli kereta Mini Cooper.  Dia ni memang sangat rajin, bayangkan dia student, buat kerja part time jadi salesgirl jual apartment.  Di samping itu terlibat dalam MLM dan mengajar tuisyen Matematik dan English sambil itu menolong ibunya menghantar jahitan yang dah siap kepada pelanggan.  Korang tengok sendiri trailer filem ini dan mesti korang rasa bersemangat!  Dah ada kat  YouTube dah, haku memang obses gila dengan filem-filem kat YouTube especially filem Indo.  Rasa-rasanya hampir semua aku dah tarah sampai drama derang pun aku balun sekali.



OK.  Nak dapatkan kereta Honda City dengan cara yang lebih senang lagi tak??? Taklah korang susah susah macam si Keke.  iPad pun korang boleh dapat.  Haaaaaaa.. pertama korang mestilah pengguna prepaid DiGi.  Ye ke tak??? Kalau ya, OK korang ikut arahan KAT SINI.  Good luck sayang!! 


*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Thursday, April 14, 2011

Wachaaa!! Blog Mizz Coki Direview oleh Wacanaku. Thanks!

Hahahaaa...



Terima kasih kepada Wacanaku yang telah sudi mencemar duli mereview blog hamba yang tidak popular ini.  Wah, kompak dan padat ya komentar dari bro Wacana buat blog hamba.  Mari kita kopek, eh? kupas....
Pada mulanya aku ingat blog admin ape dah....sebab url dier bloginbm... rupe-rupenyer blog in BM....he he. Belog ni pun dah mantap dah.... cuma ruangan komen jer... dibuat pop up window lagi baik...:) Tambahkan elemen-elemen menarik dalam entri...dan selalu blogwalking.... Mungkin satu hari nanti....akan menjadi blog yang  mantap...:)

Hahaha!  Blog Admin? Hahahahaa... OK bro Wacana biar Mizz Coki jawab satu persatu ye.

1.  Kenapa 'bloginbm'?
Dulu-dulu Mizz Coki muncul berblog dengan blog yang diberi nama WHEN COKELAT WRITES, jadi bila dah diMelayukan menjadi BILA MIZZ COKI MENULIS.  Nak amik senang ingat url so kita letaklah 'bloginbm' gitu.


2.  Pop Up Windows untuk Komen?
Hehehe sebenarnya sebelum bro Wacana buat review Mizz Coki tersalah klik menyebabkan layout bertukar jadi kebanyakan setting kembali ke Default.  Sebelum ini komen memang dibuat pop up untuk memudahkan kerja-kerja mengomen.  Terima kasih sebab remind Mizz Coki so sekarang comment box dah jadi pop up!


3.  Tambahkan Elemen-Elemen Menarik dalam Entri
Tidak dinafikan elemen-elemen yang menarik mampu menarik lebih banyak trafik untuk masuk tetapi itulah Mizz Coki memang buat blog ini seperti diari peribadi tapi kadang-kadang tu ada jugak benda menarik untuk dikongsi bersama.  Well, as you know, I'm doing my best to update you guys with interesting topics so stay tune!

4.  Selalu blogwalking
Well, nak buat pembetulan sikit.  Selalu blogwalking dan tinggalkan komen itu yang sepatutnya.  Mizz Coki dalam sehari paling sikit buat blogwalking sampai 10 blog tapi just jadi silent reader je.  Jalan-jalan blogwalking sambil cari idea la katakan..... OK.  From now on, I will set my new strategies.

Thanks Wacana di atas teguran yang membina.  Mizz Coki akan buat akan berusaha selagi jari jemari kontot ini masih mampu mengetuk keyboard.

Sekian, majulah blogging untuk negara!

p/s:  Rakyat Sarawak, jalankan tugas anda sebagai rakyat Malaysia esok!  Mizz Coki akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan St. Faith Kenyalang dan selepas itu membuang lemak dan kemudian menternak lemak sebagai membalas dendam kerana didera on diet seminggu.  Haha.  Ko jangan Mizz Coki, hahahaa...



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Thursday, March 17, 2011

Gambar Cilok Lagi! Warung Nasi Kuning dan Wikitravel

Kannn??

Ingat tak haritu Mizz Coki buat entri pasal cafe yang bernama WARUNG NASI KUNING??


Cuba bandingkan dengan gambar ini.

Foto diambil dari:  SINI!!!
Saja je.... gambar ni cantik.  Patutlah nampak familiar aje.  Anyway, nanti Mizz Coki nak cubalah Nasi Kuning dengan Rendang dia.  Kita akan buat review seperti yang telah dijanjikan.




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Wednesday, March 16, 2011

Dinner Ulangtahun Perkahwinan Kami ke 11

Holaaa!!

Terjumpa foto-foto yang sudah diEdit dalam folder Pictures. Lupa nak share kat blog so kali ini Mizz Coki akan buat entri tentang ulangtahun perkahwinan kami yang ke 11!!

Kami berkahwin sebenarnya pada 29 Februari (tahun lompat, bukan lompat katak tapi lompat gajah, muaakkaak!).  Oleh kerana 28 Februari 2011 jatuh pada hari Isnin, maka kami berdua pun decided to go to BOMBASTIC CAFE di Jalan Padungan untuk meraikan kesebelasan tahun kami dah jadi suami isteri.

Cafe ni lama dah dibuka, kami masih ingat masa mula-mula kami ke sini 5 tahun yang lalu sebab gelas jus dia sangat besar!  1 liter lebih kut isi dia.

Macam biasa, Mizz Coki sangat suka steak.  So, ni dia Black Pepper Beef Steak.  Tak tau lah tapi agaknya dia taruk Black Pepper banyak sangat sampai after taste dia pahit sikit.  Biasa-biasa je.  Sayur kobis diparut pastu campur dengan frozen veggies yang 3 in 1 tu -> karot, peas dan jagung tu.  Pastu ada kentang goreng.  Oklah tu.


Minuman Nyung Nyung haruslah jus gerganz ni.  Sedap!!  Tengoklah sendiri, macam 1 jug kan??


Untuk Cik Mek Molek macam ai ahahahahahah.. (molek apa? tak bersopan santun langsung..hahahaha) penggila kopi haruslah minum Cappucino Freeze.  Ada blended ice menggunung pastu siap cucuk payung cinonet.


Nyung Nyung tak sempat pulak amik gambar tapi nak habaq lah yang dia order Chicken Chop in Mushroom Sauce.  Tak tahan pedas katanya.. *blekk*

Ok, korang yang tatau mana tempat ni, Mizz Coki bagi alamat dia kat bawah;

Bangunan Teck Guan, 224, 

Jalan Padungan, 
 93100 Kuching, Sarawak

Tak paham lagi?? Nak peta??  Meh kita tepek sini..


Klik peta Google kat atas mana tau tak berapa jelas kan?  Yang bertanda A itulah cafenya.  Selamat menjelajah port Jalan Jalan Cari Makan!


    ♥ Mizz Coki     ♥
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Tuesday, March 15, 2011

Warung Nasi Kuning, Jalan Tun Jugah

Bukan outlet makan kat Bangunan Tun Jugah (tempat orang-orang stylo kerja ofis makan lunch! :p :p)  Ini kedai baru bukak punya, itu ganti itu kedai makan dulu-dulu nama Highway Cafe.  Baru dibuka je tempat ni, kiterang singgah sebab lapar punya pasal balik kerja.  Alasan je tu sebab kita selalu skip lunch.

Errrmm.. kedai dia simple dan bersih.  Berkonsepkan kopitiam, duduk guna bangku 'stool' (bukan najis ye!) sesuai dan selamat untuk orang bersaiz XXXXL seperti kami.  Haha.


Ni buku menu dia, nipis dan simple.  Harap-harap dapat dijaga dengan baik.  Bukan macam kat Chilli Peppers Cawangan King Centre.  Dah hancur lunyai.....Nak pegang lama-lama pun takut sampai terkopek plastik senarai menu tu, kesian sungguh. Nasi kuning dalam gambo tu macam Nasi Tumpeng kan???  Sapo tatau Nasi Tumpeng ke sila Google, malas den nak monepeknyo kek sini.

Ayam Penyet kat sini dikatakan sangat sedap tapi Mizz Coki dah bosan, 'lejuk' kata orang Sarawak so saat mata ini terpandang perkataan 'BAKSO' apa lagi, terus teringat filem ADA APA DENGAN CINTA, scene di mana Cinta (Dian Sastro) dan geng-geng kerasnya makan Bakso kat kantin sekolah.  "Enak banget baksonya!".  Sini korang akan diberi pilihan nak Mie Keriting, Kuetiaw ataupun Bihun.  Of courselah kita pilih Mie Keriting, asli donk.  Harga:  RM4.50.  Lumayan gede bakso nya, nggak seperti di Samar Indah, cilik cilik bakso nya, pakei mie kuning lagi, gak enak. Wah spiking Indo lagi koooo..  Lenkali, kalo makan kat sini kita nak mintak kurangkan mie dan sup nya, nak lebih bakso nya. eeeii buruk makan!!

Apapun makannya haruslah ada Teh O Ais manis!  Kalo kat Indonesia, ni dipanggil Es Teh Manis.  Sluurrpss... Pas banget ama Bakso yang pedes pedes gurih.  Teh kat sini harum sangat, rasanya guna teh jasmin tu.  Sedap!

Akhir sekali, pesanan dari penaja!
Makan bakso kena ada sos cili buatan sendiri.  Bukan macam Maggi, Life, Linggam dalam botol tu.  Cili kisar tu, tuang banyak-banyak!!  Sumpah, sedap.  (Pengaruh TV lagi...hahahah).

Cik abang makan Bubur Ayam dan Teh C Peng (Teh Susu Ais).  Gaya asli Indonesia tapi derang tak taruk kerupuk (keropok).  Isi ayam disiat-siat tabur banyak-banyak pastu ada bawang goreng.  Harum wangi gila!!!

Bil kiterang cuma RM11.50.  Murah sangat!!

Ok, next time datang sini, Mizz Coki akan buat review menu yang lain.  Nak try Nasi Kuning dan Rendang dia.  Nampak sedap dalam gambar.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Wednesday, March 2, 2011

Reviu Filem: RINTIHAN KUNTILANAK PERAWAN


Hehehe..tajuk filem bukan main.

Filem Indonesia sekarang makin banyak merapu merepek. Tapi orang tu tetaplah gagah dok melangut depan YouTube hehee... saja buang masa.  Eeeehh taaakk.. sambil jahit felt kat sebelah ada laptop tau.  Baru ada hiburan masa menjahit.

Filem ini popular sebab pelakon utamanya adalah TERA PATRICK!  Sapa kaki blue filem dewasa mesti tau sapa Tera Patrick ni.  Dia memegang watak Alice.  Bukan Alice in Wonderland but Alice who turns all guys in wonder hahaha...  Kisah ni bermula dengan persaudaraan Lily dan Alice. Alice dan Lily ni adalah sepupu.  Alice dari kecik dah dijaga oleh keluarga Lily sebab orang tua dia meninggal waktu usia dia beberapa bulan.

Pada satu malam, mereka gi clubbing lah kat kelab milik tunang Lily.  Kat situ mereka berkenalan dengan band yang bernama The Keren Band.  Alice, dalam keadaan mabuk dengan gediknya memberitahu band members The Keren Band yang dia masih 'virgin', masih dara lagi.  Lepas tu, dia ikut budak budak band ni balik dan keesokan paginya baru dia balik ke rumah.  Bermacam-macam kejadian pembunuhan penuh misteri terjadi selepas malam itu.    





Pendapat peribadi Mizz Coki, filem ni agak merapu la.  Banyak skenario yang tak masuk di akal.  Antaranya macam:

a.  Alice ni dari kecik tinggal dengan keluarga Lily, bukan di luar negara tapi di Indonesia, tapi cuma sepatah je perkataan bahasa Indonesia yang dia gunakan iaitu "Tutup".  Kelako giler.  
b.  Sedap sedap je gesel badan kat budak The Keren, pastu badan penuh tatu lepas tu bagitau, "I'm still Virgin..."  Boleh caya ke pompuan ketet besar, penuh tatu, minum arak, gi clubbing lepas tu kata dia masih dara lagi.  Kalau tak menggedik takpe jugak, masih cover line.  Lepas tu senang senang tak payah dipujuk ikut budak budak band tu pergi merendek.  Bohsia betullah dia ni. Haha.
c.  Ni spoiler sikit.  Bayangkan kaki dikangkang, posisi berdiri lepas tu alat sulit dicucuk dengan pisau.  Darah menitis nitis dalam gelas bukan sikit.  Siap kena minum lagi darah 'perawan' tu.  Kalau ikut logik dia ni dah gone case dah, dah arwah dah.  Siap jadi kebal lagi si Alice ni, toreh lengan berdarah lepas tu sembuh balik.  Supernatural katanya.
d.  Elok elok dah bunuh orang, bila dah dibaca mantera dia jatuh terjelepok dan sedar dari pukau.  Tapi scene terakhir dia dah lumpuh dah, dah duk kat kerusi roda.  Motif boleh jadi lumpuh kak oi?  Adakah kerana alat sulit ko dah dicucuk dan dirodok ngan pisau sampai jadi lumpuh?  Tak patut,....tak patut....
e.  Tak suka nama band tu THE KEREN BANDS, sumpah jah, derang sebut 'bands' haahhaha.. adoi.. dahla bunyi kampungan, siap BANDS lagi untuk menunjukkan betapa plural nya mereka itu.  Sabo jelah.
Macam filem tangkap muat aje.  Mentang mentang produser filem Menculik Miyabi ajak Miyabi @ Maria Ozawa bintang porno Jepun berlakon sama.  Ni dia, dari Amerika Syarikat derang import si Tera Patrick ni.  

Haa, kalo korang nak tengok gak citer ni, meh la KLIK SINI untuk menonton.  

Selamat nonton donk sayang.. 


*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!