Showing posts with label I Am a Secretary. Show all posts
Showing posts with label I Am a Secretary. Show all posts

Friday, April 29, 2011

27 April 2011 - Happy Secretaries' Week Buat Kawan-Kawan P.A. Semua


Kamera digital 8 megapixel jenama JENOPTIK buatan Jerman. 


Jam tangan Elle



Hadiah lucky draw - Dinner untuk dua orang di Telang Usan Hotel.

Motif tunjuk gambar semua tu??  Aaarrrr inilah hadiah-hadiah yang saya dapat dua tahun dulu masa ikut seminar sempena Minggu Setiausaha.  Best tak? .... Best kan???  

Tapi sedih gila dah dua tahun tak pergi sebab office takde bajet tapi takpelah sekurang-kurangnya saya PERNAH PERGI.  Memang jealous lah sebab dengar khabar dari kawan-kawan yang pergi seminar ada yang kat sini dan ada yang pergi KL sambil seminar sambil makan angin rehatkan minda sambil buang duit huhu.  

Sedih juga tahun ni sebab lagi takde peluang nak pergi sebab pusat tanggungjawab yang lebih kecil jadi bajet pun terhad.  Bunyi macam melampau kan tapi sekurang-kurangnya inilah masa untuk 'pamper' kan diri sendiri manja-manjalah tu kunun.  Iyelah sebab cuma sekali je dalam setahun dapat berjimba-jimba dengan kawan-kawan satu bidang memang seronok.  Dah bertahun-tahun tak bertemu lepas grad tiba-tiba terserempak so siaplah meraung dan berpelukan sesama sendiri kaedahnya.



Kerjaya ni bunyi macam senang tapi selain menguruskan surat, menaip, menyimpan fail, membuat temu janji, rancangan dan sebagainya, Setiausaha merupakan orang kepercayaan bos.


Satu masa dahulu, kerjaya ini begitu diminati di kalangan wanita kerana ia tampak glamor dan bergaya tetapi mereka cukup profesional ketika menjalankan tugas malah melaksanakannya dengan penuh etika.

Pada masa sama, mereka juga perlu sentiasa proaktif, aktif serta efektif di samping dedikasi dengan kerjaya masing-masing kerana setiausaha ini juga boleh diibaratkan sebagai mata dan telinga kepada sesebuah syarikat ataupun organisasi, tempat mereka bekerja.

Nah.  Itu baru sikit dik non.  Kalau nak tahu 'job description' kami di jabatan kerajaan (jangan ingat orang keja gomen ni goyang kaki ye!!) Sila baca kat sini [KLIK] dan nilaikanlah sendiri.

Bercakap tentang penghargaaan kan, tak lama lagi Hari Ibu, apa kata kita hadiahkan Ibu kita dengan membeli bunga tapi kalau kurang bajet tu korang semua boleh try KLIK SINI so apa lagi, klik lah!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Wednesday, April 13, 2011

Kuasa Mekap - The Power of Make Up!

Sebagai seorang P.A., sudah semestinya pandai bermekap itu salu kelebihan yang mesti dipelajari. Mizz Coki pun macam tu jugak. Sebab tu hujung minggu, Mizz Coki rasa bebas sebab tak payah letak satu apa pun kat muka kecuali krim Fair & Lovely sebagai penangkis panahan matahari.

Tak dinafikan juga mekap berkuasa merubah wajah yang kuyu, lesu, pucat lesi dan biasa-biasa menjadi luarbiasa cantiknya!  Lihat sendiri contoh-contoh gambar di bawah ini.




Mizz Coki jarang bermekap di rumah sebab malas, kedua tak sempat haha.  Selalunya mekap kat office lah.  Muka memang seratus peratus tapai basi tapi lepas pukul 9 a.m. barulah berseri kembali.  Tengok gambar bawah, belah kiri muka pucat, kanan dah touch up dah santekkk!


Lepas pakai blush terus nampak tulang pipi, HAHAHAHA!!





*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Tuesday, April 12, 2011

Wah Lupa Nak Update Rambut Baru Pendek si Montel!

Hari ni terasa macam pendek je waktu berputar kankankan?

Sampai kat ofis, dah pukul 8 pagi.  Mekap, bukak email, bukak FB, tengok cermin, amik minit mesyuarat dan buku nota terus meeting pukul 9:30 pagi sampai 11:30 pagi.  Lepas tu naik atas, balik ofis lagi sambung buat minit mesyuarat tadi.  Kalau siap besok, boleh teruskan dengan minit mesyuarat pengurusan la pulak.

Sedar-sedar dah pukul 1 petang time lunch break.  OK.  Stop kerja sat.  Pergi pantry amik air panas konon-konon nak buat teh misai kucing.  Balik ke meja, ON kan cerek elektrik dan sambung YouTube, citer cam sampah je, tengok filem Indonesia tajuk dia 'Terekam'.  Ewww.. Tak best langsung. Bukak games main Red Alert untuk satu round pastu tengok jam belum pukul 2 petang.  Sambung FB dan cek email pulak.

Itu rambut suda potong daaaa!

Eeeiii saja nak tunjuk rambut panjang dah potong sebab tak sesuai dengan personaliti, konon lah.  Rambut panjang banyak rambut gugur taww.. Pastu tak selesa sebab kulit kepala jenis berminyak senyonyong.  OK.  Bila dah lepas pukul 2 petang sambung lagi buat kerja sampai tak sedar jam dah menunjukkan 4:50 petang.  Apaaa???!!  Cepatnye!  Teh misai kucing tak sempat bancuh so Mizz Coki ambik SlimdietII terus kocak kocak dan minum!  Lega.. walaupun rasa nak muntah, eeeii loya tekak tawww.

Tiba-tiba hati rasa sayu..... kerana teringatkan.....


............................................................


..........................................


............................


..................


............


........


.....



Teringatkan ini!!!!! Hahhahaa... ko Coki jangan .....

Tapi bila Consultant kata Mizz Coki dah hilang lebih kurang 3 kilogram, excuse me 3 kilo ko kata??? Kan baru 3 hari jahhh?????!!!  Biar betik??????!!!!!!!!!!!!  Sah sah ko tu gemok air tau tak??

Terus semangat membara nak berdiet dan memecahkan lagi lemak lemak tepu dan lemak air kat badan.

Aaaaaa... glam world, glam life.. kembalikanlah zaman kegemilangan ku di kampus dahulu....

Amen!!!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Saturday, April 9, 2011

Lain Padang Lain Belalang, Lain Orang Lain Style Kerja Dia, Sayang......

Kenapa?

Tak boleh terima perubahan ke?

Bila Coki mengganaz, aaarrr.. rawwrrr!!

Ini kisah kat ofis saja nak share kat sini dan mungkin korang kat luar sana ada yang pernah menghadapi situasi seperti yang Mizz Coki alami.  Mizz Coki dah kerja kat tempat baru ni masuk 5 bulan setelah berada di tempat lama selama 10 tahun.  Tempat lama dulu memang sangat hebat beban kerja dia.  Pokoknya semua kena bekerjasama supaya kerja dapat berjalan dengan lancar.  Tak menang tangan dibuatnya, mana nak terima panggilan masuk, mana fax yang datang macam tsunami.  Dengan boss yang cerewet lagi, pokoknya memang tak menang tanganlah sebab kita pegang satu negeri Sarawak.



.... tiba-tiba....

Masuk tempat baru.  Pusat tanggungjawab yang sangat kecil.  Panggilan telefon paling banyak pun 3-4 kali sehari.  Workloads tak berat sangat walaupun satu bulan tu Mizz Coki kena attend mesyuarat 5-6 kali.  Tak kisah, nama pun mencari sesuap nasi kan?  Kita redha kan ajelah.  Mizz Coki sangat senang hati dan gembira kerja kat sini.  Hubby pun kata Mizz Coki bertambah ceria dan kurang stress sejak kerja kat sini.

... tapi kan, pada satu hari Mizz Coki kena sound sebab benda remeh-temeh.  Tapi Mizz Coki nak berterima kasih dengan Puan F. sebab dia sangat jujur dan Mizz Coki dah anggap macam adik sendiri.  Dia seorang yang sangat memahami dan selalu backing Mizz Coki.  Dia bagitau lah dengan cara lembut, Ohhh memang dia seorang yang lemah lembut dan penuh sifat keibuan.  Dia bagitau masa Mesyuarat Pentadbiran (Mizz Coki tak ikut sebab jaga suami kat hospital haritu) ada suara-suara sumbangsih di belakang membuat aduan tentang Mizz Coki yang kerja ikut sesuka hati.  Antara tuduhan yang dilemparkan;

Mizz Coki suka bagi kerja last minute.  Kalau suruh fotostat, mesti bagi lepas pukul 4 petang.  Mereka nak cepat balik kan??? Jadi mereka kata Mizz Coki selalu bagi kerja last minute, on the dot!
Mizz Coki kata:  Memang bagi time tu sebab boss kan baru sign.  Kalau Mizz Coki bagi keesokan paginya makin la teruk last minute katanya!  Bukan bermakna kita bagi time tu, korang kena kerjakan jugak.  Tu kerja membabi buta namanya.  Kita mesti pandai bahagikan masa, tengok mana yang urgent mana yang tidak.  Dulu, assistant Mizz Coki sangat bijak membahagikan masa.  Bayangkan longgokan surat-surat masuk yang nak direkod, mana lagi nak difail, kerja-kerja fotostat dan agihan surat.  Mana yang kurang urgent dia kemudiankan.  Dia bukan kerani OK?? Dia cuma PEMBANTU AM PEJABAT.  Aku rasa malu kat korang yang konon-konon sekolah tinggi dan berpangkat kerani.  

Lepas tu kan, mereka kata, semua surat yang dah dibuat salinan kepada Pengarah, dihantar balik kepada mereka.  Mizz Coki tak simpan dalam fail dan macam-macam lagilah.  Yang Mizz Coki hairan bin ajaib binti pelik, surat-surat untuk difail paling banyak pun 3-4 keping je sehari.  Korang tau tak assistant haku dulu satu hari tu dekat sejengkal tau surat-surat nak difailnya.  Semua kerja siap tanpa rungutan!!

Mizz Coki kata:  Kan Setiausaha jaga semua fail sulit dan memo-memo boss, kankankan? Kalau benda yang namanya surat general, surat am, surat umum, kerani fail lah yang akan rekod dan fail.  Surat dari boss balik ke pentadbiran?  Sila lihat dan perhatikan baik baik dulu.  Kalau surat tu ada tandatangan boss dan dia letak 'file' jadi korang fail la.  Tak susah.  Bukannya banyak pun. Lagipun, kalau aku yang fail kan bukannya taruk dalam fail kosong pastu peram dalam kabinet?? Benda tu nak kena rekod dan fail tu kena ada nombor folio OK? Ni menda-menda alah MS ISO bukan sekati mak bapak ko nak bukak bukak camtu jek. Lain kali guna otak sikit.  Kenapa?  Susah sangat ke nak buat kerja-kerja fail sebab ko sebok nak online manjang pastu bila dah bosan dok ofis pergi hilang turun bawah ke merendek kat mana-mana.  Huhhh!

Mizz Coki sebenarnya dah kena bagitau dengan Setiausaha sebelum ini.  Dia mintak Mizz Coki tolong bertegas sikit sebab memandangkan dia dah lama kat situ ramai yang pijak pijak kepala dia.  Jangankan fotostat surat sendiri, dia punya kerja sampai tolong punch card orang lain yang ghaib dari ofis sampai dia lupa nak punch kad dia sendiri.  Sebab itulah Mizz Coki suka ofis lama, mesin fax, mesin fotostat dan fail-fail am/sulit semua dalam bilik Mizz Coki.  P.A. yang lama pernah bagitau Mizz Coki nama beberapa orang yang tak begitu 'mesra alam', bila disuruh buat kerja mereka macam 'reluctant', tak ikhlas nak buat.  Mizz Coki ni memang sangat sangat jarang keluar ofis kecuali buang air atau beli jajan kat Kedai SIHAT kat bawah.  Lunch time tu memang main games dan tidur.  Kalau adik Mizz Coki call ajak keluar barulah Mizz Coki keluar tu pun dalam 1-2 kali sebulan.  Yang lain - lain tu, kalau hari Jumaat kuss semangat, pukul 11:10 am dah berduyun-duyun keluar.  Mizz Coki memang perhatikan.

Pandai-pandai kata orang tak reti buat kerja.  Lagiiiii baik daripada keluar dari ofis waktu pejabat sebelum waktunya dan balik tah tak tau bila.  Kalau sapa-sapa yang kenal dan satu ofis ngan Mizz Coki kalau terbaca benda ni, untuk pengetahun korang Mizz Coki tak kecik ati cuma sentap sikit sebab sifat tak profesional korang yang sungguh memalukan.  Mizz Coki dok kat HQ tau tempat korang bermasalah tapi Mizz Coki tak peduli dan berharap dapat membawa perubahan.  Mizz Coki sangat berterima kasih dengan Puan F. yang banyak membuat perubahan dan merubah perangai sesetengah staf tu sikit-sikit.  

Kalau korang pernah kena situasi ini, Mizz Coki nak pesan.  Jangan cepat melatah.  Korang duduk tenangkan diri dulu.  Mizz Coki katakan pada diri sendiri buat apa nak sakit hati kan sebab hanya Boss saja yang tau buruk baik seorang P.A.  sebab kita kerja secara direct di bawah boss.  Jadi buat apa nak takut dan marah kankankan?

... Cuma lepas ni, Mizz Coki akan berhati-hati bak pesanan sorang doktor tu, "kat sini, semua bermuka manis dan sangat mesra, tapi di belakang... derang tikam ko habis-habisan".  Mizz Coki jawab doktor tu balik, "Doktor, I came from hell, this place is nothing compared to my previous office".  

Sebenarnya, derang takde sangat buat kerja sebab masa FREE kan? Jadi digunakan sebaiknya untuk bergosip dan menghentam orang lain.  Lumrah manusia.

Tapi, ingat,... u have messed up with a wrong person, I mean korang dah main api dengan orang yang salah.  Siapa orang kanan boss???  Ko ada????

Awas ye...!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Sunday, April 3, 2011

Ku Ke Udara Lagi! Edisi Kasi Gegar Office

Tak, I bukan nak jadi stewardess macam Awan Dania tu.

Ke udara lagi sebab dah balik ofis dan sangat sangat merindui bau sedap harum manis semburan Ambi Pur di atas kabinet kat belakang kusi.  Rindu dengan ketawa boss, rindu dengan lambaian Cik Yam bilik sebelah, rindu dengan bunyi ketukan keyboard PC dan bukan laptop macam kat rumah, rindu dengan jajan kat Kedai SIHAT kat bawah dan suara Aisyah menyanyi....


Dah, hentikan fantasi mu Mizz Coki.  Minit Mesyuarat Pengurusan tak siap-siap lagi walhal besok pukul 9:30 a.m. mesyuarat dah start.

Tapi, adoi!  Mekap pun belum tenyeh lagi!!!!????

Kerja woi kerja cepat!  Sudah-sudahlah tu nak berFacebook dan berBlogging.

Issshh... secretary kampungan betul ko Mizz Coki!

Hahahahah... I miss my office, I truly do.




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Wednesday, March 16, 2011

Perihal Gaji.....

Tadi kan kita masuk blog sapa tah. Terbaca pasal Cuepacs mohon kenaikan gaji.  Cuepacs ni ye ye aw aw je every year wajib mintak gaji naiklah, bonus naiklah, tapi yang pasti berat badan kita makin naik, ye dakk?

Fahamilah memang orang gomen gaji tecik.  Tak caya????  Yang kasihan-wal-kesian ialah jawatan kita.  Dulu-dulu sebelum diUpgradekan (memang tak payah upgrade pun sebab kiterang layak OK?), gred jawatan untuk Setiausaha ialah N17 dan dikenali sebagai Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) walhal semua graduan UiTM.  Korang percaya tak gaji pokok Mizz Coki yang masuk bekerja pada Oktober 2000 adalah sebanyak...jeng jeng jeng... RM874.30 sebulan!!!!!!!  Sekarang gaji tu sama besar dengan gaji kerani tau tak?? RM800 tu cukup-cukup bayar loan kereta dan petrol tau.  Nasib baik ada elaun yang kecil-kecil buat menampung keperluan hidup.  Wah macam skrip Bersamamu TV3, kehkehkeh....

Gambar Cilok:  Telefon ada 4 bijik atas meja, lepas tu workstation L shape besar gila.  Ada rak cermin lagi.  Boss, I need one of these can anot???  Can lah.. can lah... .  

Mulai tahun lepas syukran, gred kita dah di'natural' kan.  Jadi sekarang gred kita dah sama dengan Penolong Pegawai Tadbir dan dikenali dengan nama SETIAUSAHA PEJABAT, N.27. Terima kasih Bang Najib (jangan marah Kak Ros..haha).

So, merasalah Mizz Coki upgrade diri sendiri dari memakai Fair & Lovely ke Olay Total Effects hahahahha APEKAH KAITAN?  Takdelah..gurau je.  Kisah benar ni, Olay Total Effects sebenarnya untuk time kerja sebab dapat menutup noda tapi tipis.  Kita guna Olay yang ada tint of foundation tu.  Fair & Lovely pulak kita pakai untuk keluar hujung minggu tau.

OK tu aje membebel lebih kurang, kerja tak sebanyak mana pun, weii... kita blogging kat rumahlah sekarang, kenapa cakap takde fullstop ekk?  Kelebihan jadi secretary ni selain dari menaip dengan pantas dan tangkas. Wahhhhh... saja nak show off kat korang yang kita lusa cuti.. cuti khas, cuti apa dia? 

Tungguuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!





*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Monday, March 14, 2011

10,000 Langkah Sehari - Reminder dari Anak Dara Mizz Coki!

Bukan exercise, pooodahhhh!!

8 pagi - 10 pagi :  Taip minit mesyuarat, ambil surat-surat dari tray boss dan edarkan...


Berkawad kiri kanan kiri, menuju ke pigeon hole dan bilik pentadbiran sambil menyapa teman-teman....


Kembali lagi ke bilik dan sambung kerja.... boss pulak dah pergi klinik.  Oh ya, hari klinik setiap Isnin.


Pukul 11 pagi perut terasa berkeriuk, bukan keriuk keriuk bawang Mie Sedaap tu tapi keriuk lapar.  Cacing kerawit sudah berjoget agaknya... kiri kanan kiri, berkawad menuju pantry!


Lepas buat Nescafe O, bawak balik masuk bilik.  Sambil buat minit mesyuarat.... sambil menikmati Nescafe dan Kompia.

Ulangi proses yang sama untuk beberapa kali lagi hari ini.  Rasanya jantung ni belum cukup sihat, ahahhaha!!!

Balik ke rumah, anak dara Mizz Coki yang tomel itu bagi reminder,

"I DON'T THINK THEY'RE GONNA SHUT DOWN THE FACEBOOK TOMORROW, MAMA!"

A'ah.  Ye tak ye jugak kan? Esok kan 15 Mac 2011???

Nampaknya semua sibuk dengan tsunami di Sendai.




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Sunday, March 13, 2011

Kehidupan Kerja Saya Sungguh Statik dan Membosankan!!

Ye.  Ngaku pun.

Setiap Selasa mesyuarat.  Mesyuarat Pagi setiap hari Selasa.

Setiap Selasa pertama tiap bulan, Mesyuarat Pengurusan.

Sebulan sekali mesti ada Mesyuarat Validasi.

Bulan Mac ini sahaja, Mizz Coki kena amik minit untuk 6, diulangi ENAM mesyuarat!!!!!


Panggilan telefon pun jarang masuk.  Bukannya boleh call ke handphone pun sebab kena sekat.  At least boleh borak ngan mak, adik, member ..... Pening kepala dok layan 'kitab' (buku exercise yang I guna untuk amik minit).  Last-last layan YouTube, tengok movie Tamil.  Terima kasih internet free kat ofis.  Mwah mwah!

Kadang-kadang tu I bawak jugak satu kontena barang-barang felt bila boss takde mulalah menjahit.  Hahaha!!!

Kadang-kadang tu amik mug pergi ke pantry duduk sorang sorang layan kopi O.  Mulalah geng geng lain join lepas tu jadikla borak gosip ala ala di kopitiam.  Tak produktif jugak, serba salah dibuatnya.


"Bilo lah den nak kayo cam Oprah tu..." - Berangan angan.
Padanlah dulu-dulu kat ofis ni ramai orang suka keluar awal untuk lunch.  Siap haribulan awal 2 jam!!!!  Memang membosankan.  Habis Mizz Coki awak nak macam mana nak jadikan diri awak terhibur di ofis?

Cadangan:

1.  Mesyuarat Pagi dikurangkan kepada 2x sebulan.

2.  Mesyuarat Pengurusan dibuat merangkumi Pembangunan dan Kewangan.  Dah 4 bulan I kat sini, isu-isu Mesyuarat Pagi dan Pengurusan kebanyakan nya adalah isu-isu yang sama.  Buang masa je amik minit.

3.  Mesyuarat Validasi, kalau boleh pihak konsultan kurangkan membebel.  I dengar macam dok kat lecture hall la pulak serta dengan nombor dan digit.  Lebih baik derang buat urusetia sendiri.  Pegawai yang handle bahagian Aset dan Liaison Officers saja yang attend dan amik minit.  Bukannya ada kaitan dengan kita pun!

4.  Kalau boleh semua mesyuarat dibuat dalam masa 2 jam sahaja.  Lepas 2 jam tu semua sibuk tengok jam, main henpon etc.  Mizz Coki boleh main What's Apps kat Blackberry lagi!!



Banyak kerja salah, takde kerja pun salah.

Heeeeiii... tak pernah bersyukur!

Sekarang ni pun tengah buat minit mesyuarat walhal mesyuarat tu besok.  Malam tadi masa tengah syiok buat minit tiba-tiba blackout.  Padan muka kerja last minute!!  Kita masuk tidur pukul 2 pagi.  Padan muka sekali lagi.

Takpe, hari Jumaat ni cuti sekali lagi kankankan???

Relax la baiiii!


*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Wednesday, March 2, 2011

Pada Satu Hari, Ada Nangka Busuk Jatuh Kat Ofis

Tengok gambar dah tau apa jadi.



Kerusi ni dah uzur, milik bekas Setiausaha dulu.  Dah 'kriuk kriuk' bunyi dia.  

Sebab rasa bertanggungjawab, I suruh lah tukang datang pasang balik skru, tapi tak sedar, tempat punggung tu dah berbentuk 'U'.  Mula-mula sedap lah duduk, tiba tiba, "Pang!"  Satu skru tanggal.  Masih gak gatal nak tenyeh punggung duduk situ.

Sejam kemudian, "Pang!" Skru kedua tertanggal.  Masih gagah lagi perasan cantik dok situ.

Ada doktor keluar dari bilik boss nak ucapkan terima kasih pada I, senyum balik kat dia.  Tiba-tiba ....


"Opocot ko Mak Coki jatuh terbongkang, terduduk, ayam kampung, zirafah, Zaiton Sameon, opocot ko jatoh!"

Amik ko.  Terkodek kodek nak bangun nasib baik ada meja tempat berpaut.

"Are you OK, can you get up?" tanya doktor itu.

"Yeah, I'm good. I'm OK, I can get up" - time ni malu giler nyah!

"What is that???!!" .. Tiba tiba big boss keluar dari pintu.

"T&C failed boss, hahahaahaha" saja I buat lawak.  Takde orang gelak pun.  Bimbang pun ada kat wajah mereka.

"Never mind, ask the carpenter to put a bar underneath the seat, need to do some welding since the seat is too old already, see the curve?"  Saran boss.

Ko memang baik boss.  Sungguh profesional.

Tapi....

Mak maleewwww!  Mak maleewww!!!

(Iye.. iye.. I tau I gemok, so shut up, bwekkk!)




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Sunday, February 20, 2011

Bila Masuk Isnin je Terus Rasa Malas Nak Kerja

Pernah tak korang bila malam Ahad je mesti melangut depan laptop dan rasa malas nak turun kerja?  I pun sekarang ni tengah dua tiga, dua tiga rasa nak turun. Tapi nanti kalau dok rumah lama lama pun busan jugak.  Hai manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada.


Kenalkan Si Belulu.  Ulat bulu warna pink yang dijahit sendiri diperbuat dari kain felt.  Simple je.  Motif jahit si Belulu ni sebab I rasa malas sangat nak kerja pada hari tu.  Jadilah si Belulu, pencil topper paling comel kat ofis. Haha.




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Sunday, February 13, 2011

Nak Dapatkan Bibir Mungil Tanpa Suntikan Kolagen?

Haaaaaa....

Jangan ingat Angelina Jolie jerk dapat bibir tebal semulajadi tanpa botox dan kolagen.  Enjelinah Juling pun boleh jugak.  Dah, dah.  Toksah korek duit, toksah guna kad kredit nak pegi cucuk cucuk.  Modal nak buat lip kita jadi plumpy ni murah aje taw.

Bahan-bahan diperlukan, (macam resepi Ayam Masak Kicap dah ahahahha....):

Sebatang lipstik
Sebatang lipgloss
Sebatang lipliner
Lip Balm atau Petroleum Jelly
Tisu 

Mula-mula, tengok cermin, bibir anda merekah, terkopek atau sihat gebu?  Kalau bermasalah, sila sapukan bibir anda dengan Petroleum Jelly dan biarkan dalam 15 minit.   Lepas itu ambik tisu dan lap bibir anda.  Masa ni bibir dah lembab kembali.
Ambik lipliner dan gariskan bibir anda.  Ingat, jangan ikut garisan bibir tetapi pandai-pandailah menggaris di luar garis bibir.
Lepas itu sapukan bibir anda dengan gincu bibir pilihan anda.
Akhir sekali, sapukan lipgloss untuk efek berkilat dramatik!

Heheheh.. tembam nya bibir!



Motif lobang idong kena tutup? Haha.  Saja buat gimik.

Selamat mencuba!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Wednesday, February 9, 2011

TIPS: Pernah Tak Kantoi Masa Surf Internet Waktu Kerja?

Entri ni bukan nak ajar korang jadi dak jahat dowh. Ini entri saja untuk cover line baekk punya bila nyaris kantoi waktu surfing tenet nak nak time tu time keja tengah melambak.

Bayangkan time tu korang dah pening kepala, otak dah sandat gila, so why not taking a break? Bukan isi perut yang oi, tapi ni ha, bukak games ke, Facebook ke, Twitter ke, baca blog orang lain ke dan sewaktu dengannya. Dalam kes I ni, I suka tengok movie Tamil dan Telugu kat ofis. Tengah masyuk kan... tiba tiba.... BOSS MASUK BILIK!!!

Jangan bimbang! Ada caranya untuk tukar window display kurang dari 3 saat. Fuish.  Gaban tukar baju pun kalah taw!

Cara 1:
Cuba korang tengok keyboard. Tekan logo Windows dan 'D' akan 'menghaibkan' aktiviti anda. Lepas boss keluar boleh sambung balik.
Cara 2:
Satu lagi bukak extra window, pura-pura lah korang tengah type guna MS WORD. OK, perhatikan keyboard. Nampak tak keyboard uol? Klik Alt + Tab dan korang akan ke window yang lain. Hehe. Macam kes I , haruslah terus terbukak MS WORD depan mata. Hehe. "OH RAJIN NYA MY SECRETARY! WOW!"

Tapi harus diingat, janganlah mengada-ngada nak aplikasikan kaedah ini ketika menonton YouTube (nak nak time tu filem Tamil tengah ON) atau saja gatal-gatal nak menonton filem lucah filem dewasa.  Choy!

Bayangkan imajinasi boss korang, iyelah korang kusyuk dan rajin menaip tapi pc korang mengeluarkan bunyi-bunyian pelik. Hahahaa.. I tak tanggung uols!

Haha kantoi ko Prabhas sikit lagi kepala ko landing kat nasi lemak awek tu.  Huhu
Pagi ni I baru habis menonton filem CHATRAPATHI lakonan Prabhas (mantap! mantap!) kat YouTube.  Haruslah status Facebook pun cakap Tamil kaedahnya.  Haha!  Chitt!  Poodaaaahh!

Oh ya, selamat berjaya untuk yang baru mencuba.  ♥ ♥ ♥ ♥



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Tuesday, February 8, 2011

Dadah untuk Orang Suka Mengantuk Kat Ofis

Hehehe..

Hehehe..

Hah!  Tajuk di atas tu propa sebenarnya.  Actually, I nak cerita pasal benda ni yang I cucuk kat hidung tiap-tiap hari.  Nostril inhaler ni I gelar 'Stick Stick Nose'.  Bajet nama manjalah tu.  Setiap bulan memang I beli stick ni kat Guardian.  I suka brand Hurix sebab lebih lasting dan jimat berbanding dengan Vicks.

I memang boleh dikatakan bergantung kepada benda ni sebab banyak membantu dari segi pernafasan.  I kan ada asma so I sedut benda ni setiap kali nak turun ke bilik mesyuarat dan voila!  Semput pun hilang dengan sendirinya.

Lepas tu, I ni senang kena asma kalau ada flu.  Jadi memang kena puff inhaler 2x sehari.  Sejak addicted dengan benda ni I dah jarang-jarang guna puff tu dan jarang juga kena flu..  Tapi yang paling best kalau part mengantuk tu.  Ambik je stick ni sumbat kan kat hidung dan hmmmmm... SEGAR!!  Kat purse memang standby 2 batang.  Kat ofis pun ada 2 batang jugak.  BANYAKNYA????!!!!



Bukan bermakna sekali beli tu sampai 4-5 batang tapi hidup kena kreatif jugak.  Walaupun murah tapi bila kita kali darab tolak campur boleh tahan jugak dalam setahun tu.  Jadi cara penyelesaiannya ialah meRECYCLEkan batang ni tadi.  Tapi macam mana???


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥ 
♥ 



Kat rumah uols mesti ada Minyak Angin Cap Kapak (M.A.C.K) kan???  Haaaa!!!  Apa lagi, jangan buang kalau stick anda sudah habis.  Ambik M.A.C.K tu dan cuss cus cuss!  Buat sampai 10x, kalau rajin buatla sampai 100x pun takpe, janji lobang idong korang tahan.

So, adakah anda orang yang kami cari?

Cucuk sekarang & nikmati sensasinya!!!!





*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!



Sunday, February 6, 2011

Mizz Coki Sorang Sang Sekretaris

Jarang-jarang I kompang kan kat blog tentang pekerjaan I yang sungguh mulia (ahaaakkkkk... mulia kewww nyah?)  OK.  Uols yang kenal dan ikut blog I dari dulu tau yang I keje jadi sorang Personal Assistant.    Kerja ni biasa-biasa je.  Haha. Pandai je ko Mizz Coki walhal kalau disuruh amik minit mesti ko membebel macam bertih jagung kankankankan?


White board ni lah tempat terapi untuk mengelakkan kita dari jadi stress @ gila so sila gunakan fungsinya dengan sepenuh fungsi (apa I cakap ni?)


Wow!  I ada ANA RAFFALI, uols ade kewww????


Dah rasa macam rumah sendiri, haruslah tanggalkan kasut dan berkaki ayam.  Jangan risau, karpet di sini divakum setiap hari.  Ngeeee!


Ini gambaran tak sabar nak balik hari Jumaat sebab T.G.I.F!!  Keje mesti settle doh.


3 hari kemudian puting susu beliung pun melanda.  Siap ada Kopi O kaw sebagai penawar gila.  Takde kopi keje tak jalan OK?

Ok.  Sekarang balik kepada mood kerja, lalalala hari hari kerja!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!


Wednesday, January 26, 2011

Tips: Jangan Buang Kulit Limau Mandarin @ Lokam

Sekarang dah melambak lambak dengan limau mandarin atau lokam siti situ sana sini kankankan???  So, biasalah musim dekat CNY ni boleh jimatkan duit beli pil Vitamin C sebab lokam ni murah sangat dan boleh makan berkilo kilo.  Haha.  Nafsu kau sesungguhnya mengatasi akal cetekmu Mizz Coki.  Harharhar.



Ada insan yang baik hati sedekah satu guni heeheh,, melampau, satu plastik besar buah lokam ni untuk semua orang kat ofis.  Jadi abang ofis boy pun bagilah 2 biji sorang.  Uhh, best buah ni.  Suka sangat.

Sebenarnya kulit buah lokam ni I jarang jarang buang taw.  Apa?? Taaaak.. I tak makan kulit dia tapi I ada satu tip untuk korang yang suka pada harum haruman, nak nak kalau haruman tu tahan lama dan murah serta menjimatkan.

Kopek lokam ni dulu ye pembaca semua?
Eh? Jangan buang dulu kulit dia.  Masukkan ke dalam plastik pembungkus tadi .

Nak buat apa dengan kulit limau tadi?


Haaaa..sekarang letaklah bungkusan kulit tadi dengan plastik terbuka, jangan diikat ya, ke dalam drawer laci atau pun kabinet, ataupun almari kat rumah dan pejabat.

I belajar ni dari my cousin.  Bila kulit limau tu dah kering barulah boleh dibuangkan ke tong sampah.  Percayalah, kabinet dan drawer anda akan harum semerbak.

Harummmm!!

Bukan harum sundal malam.. Harum buah oren gitu!





*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!