Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Kenapa Kadang-Kadang Saya Malas BerBLOGWALKING??

Kenapa kau tanya?

Perlu nak tau?

OK.  Blogwalking ni bagus sebenarnya untuk kita mencari kenalan baru di samping mencari idea untuk update blog.  Selain daripada itu ianya secara tidak langsung dapat membantu dalam menaikkan trafik ke blog kita.  Haku suka berBW tapi dalam dunia ni ada tiga (3) benda yang membuatkan haku tak berapa gemar sangat kalau sesuatu blog tu bila kita klik aje;

1.  Lagu/Video dimainkan secara otomatik.  Bayangkan time tu tengah malam (haku suka surf internet sampai jauh malam) sedang asyik melayan BW dan speaker tengah ON.  Tiba-tiba lagu keluar dengan kuatnya sampai melompat cik hubby yang sedang nyenyak tido.  Sebenarnya speaker dah slow tapi heran pulak haku cemana bunyik lagu dalam blog tu boleh jadi kuat sangat.  Bayangkan kalau speaker tak dikecikkan bunyi.  Hampeh.

2. Blog comel bola bola api.  Yang ini boleh mendatangkan marah.  Blogger pompuan lah yang suka buat ni.  Ada salji berguguran + background lip lap lip lap + Kartun yang siap greetings Hai di kiri kanan, cursor bunga matahari/bunga taik ayam sampai tak boleh nak klik sebab salah 'aim' + terlalu banyak animasi (kartun atas bawah kiri kanan) + guna font yang juling mata nak membacanya. =  I SAY BYE BYE TO YOU!! Iye, tau, blog kamu memang comel tapi tolonglah.... kurangkan sikit grafik tu SEBAB LOADING JADI LAMBAT OK? *hair flip

3.  Gambar sebesar alam semesta.  Adoi, tak reti ke nak downsize kan gambar yang oi??  Taulah gambo yang kamu hambik tu cantik, guna DSLR, mabeles, klempes.  Boleh tak tolong tecik kan dulu?  Kalau pembaca nak sangat nengok gambo kamu tu, derang boleh klik kan aje, tak susah.  Dahlah dengan layout yang berat ditambah dengan gambar sebesar skrin PC sampai 7-8 gambar dalam satu entri.  Sampai tahun 2020 pun tak habis loading.  Lambat!!

Ingat, kebanyakan pembaca membaca blog dari pejabat.  Betul, kalau ikut rating kan, pembaca paling banyak pada hari bekerja dan kurang pada hujung minggu.  Internet kat pejabat kan kena kongsi ramai-ramai jadi connection dia lambat.  Bila masuk blog-blog yang bermasalah ni memang takde chance lah.  

So, cuma pendapat jujur dari haku.  :D Kalau terasa tu mintak maaf aarrr..  cuma pendapat aku je, diulangi, cuma pendapat aje.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Tuesday, April 5, 2011

Segmen Review Blog oleh Pembawa Wacana



Wahai pembaca wacana, hamba ingin tuan hamba sebarkan berita bahawa blog ini Mizz Coki yang punya muakakakkkaa....

Takde keje waktu lunch, jadi kita kacau Encik Wacana, wachaaaaaa!!!!!!!!

OK.  Encik Wacana akan membuat review tentang blog yang ikut serta.  Mizz Coki dah join korang pulak bila lagi? Nak kena review tak???

Kalau nak, meh la KLIK SINI!!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Thursday, February 17, 2011

Tips: Tinggalkan Jejak di Ruang Komen Blog, Cara Menarik Minat Bloggers Lain ke Blog Kita!

Bila dah buat topik pasal blog Chenal semalam, I dapat tips terbaru ni dari blog MayaFiedz1987 yang mantap!!

Selalunya kita tinggal komen macam tu aje kan kat blog orang?  OK, why not guna serampang dua mata, sambil menyelam minum air or killing 2 birds with one stone.

Caranya ialah:


Langkah 1:


Log in->Settings-> comments


Langkah 2:
Cari lah Ayat ni
"Comment Form Message"
Ada kotak kan jadi isikan html.. senang je..


Contohnya:

<a href="http:/bloginbm.blogspot.com"> Tutorial Baru</a>
Tukarkan URL yang bewarna merah tu kepada URL anda dan Tukar ayat yang anda suka  yee...


Bila dah orait, Save Setting  Senang kankankan??
.
Good luck!


*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

My Blog And I Katanya....

Alololo ciannya kawan I si Chenal.

Geli hati I bila dia kata pengikut dia cuma 20 orang.  Takpe Chenal.  Kurang pengikut tak bermaksud yang blog u kureng fofuler.  U tak tau lagi trafik dia cemana sebab ramai Followers tak semestinya trafik kencang.  Harus diingat, kalau ada blog, mesti ramai yang jadi silent reader and follow u silently.


I dah berblog since 2004 uh masa tu pakai Tripod bagai.   Kemudian ke Wordpress.  Kemudian terjatuh chenta pulak dengan Blogspot yang sangat mesra alam sebab kita kan buta html code semua.  Sekarang ni ramai blogger muda belia dah belajar IT so pandai derang alter dan customize kan layout masing masing ada gambo katun lah, tukar font lah.  My blog is who I am, portraying myself, my personality.  Tapi tangan ni memang gatal cos suka sangat tukar tukar layout.  Rugi tak guna sepenuhnya kemudahan yang diberikan oleh Blogspot kankankan?

So, bloggers yang dah kaput macam I, yang tak berapa glemer ni kan, jangan putus asa.  Teruskan berblogging sebab ianya merupakan terapi yang sihat.  Blog ini sebenarnya bagus sebagai medium untuk meluahkan apa yang terbuku dan terpendam dalam hati dan otak kita.

Akhir kata, majulah blogging untuk negara.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!