Showing posts with label slimworld. Show all posts
Showing posts with label slimworld. Show all posts

Monday, April 25, 2011

Wuiiitss?? Mata Ku Kenapa????

Pagi tadi camwhoring kat ofis lepas touch up muka.  Upload gambar, belek belek.  Eiikkk???? Hold on, chop! chop!  What the ..........????  Mimpi ngeri sudah bermula.  Memang benar kata kawanku Winnie.  Bila berat susut, muka ikut sekali tak lama lagi jadilah macam muka Bull Dog. Oh Tidakkkk!!! Tu belum lagi termasuk keguguran rambut dan sebagainya.  Terus bandingkan muka dan mata sekarang dengan header.  Header tu perggghhh gebu macam muffin!!



Wuish.  Bertambah 'tua' lak rupa haku.  Huhu.  Tak boleh jadik ni.  Any solution readers out there?  Anyone???  Lunch break haku merajin-rajinkanlah diri ini untuk menGOOGLE carik produk yang dapat membantu mengatasi masalah sagging eyes ni. Mata melayut ekk??? Hhahaa... OK. last-last dapat benda ni. Boleh tahan, award winning product which means memang gerenti 120% ni!



Bio Essence Serum Kontur-Terik??? Untuk mata lah... dengan emas 24 karat fuiyooo!!  Dengar kata murs-murs (murah2) katanya.. orang katalah.  So tunggu lusalah pergi Guardian nak tapau satu, sebab besok kena lenjan badan pecah lemak dulu hahahha... so busy sikit.  Lusalah kita pergi, balik kerja terus beli.  Haaa, korang yang dok KL atau kawasan sewaktu dengannya untunglah sebab dapat buat treatment facial percuma, cepatlah rebut offer tu KAT SINI!!  Pasti malatopppp lepas buat facial nanti.  

Susah kan jadi pompuan? Layut sikit terus panik.  Kalau tempat lain gelebeh dan layut cemana lak tahap panik nye ye dakk??  Orang pun nak gak santek macam Yuyu Zulaikha ke, Hanis Zulaikha ke, takpon macho macam Ben Ashaari!!  Hahahah.. haruslah daku menjadi wanita perkasa otot ketul ketul macam durian kan Ben kankankan????  Padanlah trafik blog tak kencang sebab haku hodoh.  Serious.  Hodoh gila haha.

Hmmm.. orait nak sapu losyen nak wangi-wangi dulu.  Eh? Bukan ni losyen kalah itu pati halia mustajab sebab aku boleh menggelupur malam pertama pakai harap-harap hujung bulan ni bolehlah ada lagi turun banyak inci.  2 minggu aku dah susut 11 inci takpe, teruskan usaha tangga jaya. Lagipun sapa tak siok dapat losyen free yang satu set harga hmmm sama ngan gaji haku setengah bulan.  Nasib baik ada kawan yang jadi duta produk ni boleh dapat free (ailebiu my pren!).

Ok, permisi dulu donk! Daaaaaaaaaa!!!!!!!!!!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Saturday, April 23, 2011

Nak Bertumbuk Macam Rocky Balboa!

Nak bertumbuk dengan siapa??

Takde sebenarnya tengah syok tengok movie tahun 1982, Rocky III zaman ni Sly Stallone masih belum kembang mukanya dan Mr. T masih kurus wow seiras Evander Holyfield.  Tau sapa Evander Holyfield? Kalau tau takpe, kalau taktau buat buat tau, bukak Google OK?

Nilah rupa Sylvester 'Sly' Stallone sekarang.  Kembang semangkok kauu!


Dah 65 tahun tapi rupa muda 15 tahun!  Orang banyak $$$$ haruslah main cucuk kan? Haha.

Dari kiri:  Sambal Tumis Ayam & Sayur Campur Tumis.  Tumis-tumis untuk lunch!!

Oh ya, hati manyak sinang ini hali.  Selepas dua minggu (genap 14 hari) kontrol makan dan melenjan badan untuk memecah lemak sampai jalan terhincut-hincut sebab galak gila berjalan briskwalking semalam maka hari ni dengan rasminya aku dah hilang 5.5kg dan kurang 11 inci selepas diukur seluruh badan.  Wow!!  Sepatutnya kurang 6.5 kg kalau ikut perkiraan tapi itulah.... aku naik tiba-tiba 1kilo hari Khamis lalu.  Hampeh!  Memandangkan hari ini hari 'Merdeka' so aku masaklah Sambal Tumis Ayam dan Sayur Campur Tumis.  Sekali aje nasi putih untuk seminggu OK?  Petang ni kalau tak panas sangat aku nak bersauna tapi nampak gayanya aku dah banyak keluar peluh sebab jadi bibik, turun naik atas, cuci baju, sapu rumah, masak, cuci pinggan.  Rasa ringan dan tak pening macam selalu. 

Lepas tu rehat kejap konon nak buat window shopping sikit tapi last-last main Facebook sampai petang sampai tertido meleleh ailio atas settee.  Mestilah, kan kita berazam nak menjadikan Malaysia sebagai 'FACEBOOK CAPITAL OF THE WORLD'!!! Yaayyy!! So marilah bersama-sama menjadikan impian kita ini jadi kenyataan.  Senang aje, nak join aku korang KLIK SINI je.

OK.  Masa untuk memasak dinner pulak.  Jumpa lagi esok!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Friday, April 22, 2011

Teringat Kat Ayah, Hati ku Sayu...

Helllowww!!!!

Semalam cuti umum kat Sarawak.  Bangun pagi-pagi lagi dah mandi sebab busuk haha.  Takdelah.  Hari ini macam biasa semangat luar biasa hendak memenatkan badan dan mengeluarkan peluh.  Hubby terlebih rajin harini pergi menggodek kedai yang jual baja sebab dia nak promosikan baja kompos.  Kompos pun komposlah Yang oiii janji kerja halal kankankan??  

Dalam meronda ronda tu kiterang passed by lah tempat kerja ayah dulu.  Tiba-tiba hati jadi sayu sebab teringat kat dia.  Ayah, haku rindu sangat kat Ayah tau.... Nasib baik pakai shades so tak nampak air mata bergenang berkaca kaca tunggu menitik aje.  :(

Well, kita tukar topik sedih jadi topik makan la pulak.  Pagi-pagi breakfast telur rebus keras dua bijik.  Masih lagi diet protein gila gila ni.  Pastu lunch cuma makan dua hiris buah betik dan air mineral.  Petangnya sebelum pergi taman (orang nak exercise OK?) minum segelas SlimDietII dan malam dinner sup sayur semangkuk besar.  Mari kita lihat apa yang Mizz Coki makan hari ini.  Haha..


  1. Dua bijik telur rebus keras
  2. Dua hiris buah betik
  3. Satu mangkuk besar sup sayur campur
  4. Air mineral dan SlimDietII.  Takde kopi, teh dan Milo.  Selang seli dengan air putih sebab kena berpeluh gila.


Amacam, OK tak? Harap-harap timbangan hari ni berkuranglah satu kilogram sebab hari Khamis tu haku dah naik satu kilo walhal tak makan apa apa pun melainkan epal hijau dan dua ketul sosej.  Dari mana datangnya satu kilogram itu?  Saspek utama:  Kurang kencing dan tidak buang air besar haritu.  Memang kecewa sangat!!!!!!  Jadi sebab itulah kena berjalan kaki sebanyak empat pusingan gila gila sampai semput dan baju basah lencun supaya air di badan dapat dikeluarkan.  Harus usaha lebih ni kalau tidak memang consultant tu tibai aku kaw kaw hari ini sebab hari ini derang nak ukur berapa inci aku sudah kurang maaaa.. nanti sound kat blog hoccay????

Bercakap tentang usaha tangga kejayaan ni kan, ada satu movie Indonesia ni tajuk dia CEWEK GOKIL.  Ertinya Perempuan Gila-Gila macam tulah.  Mengisahkan Keke, seorang gadis yang sangat determine gila gila berusaha untuk membeli kereta Mini Cooper.  Dia ni memang sangat rajin, bayangkan dia student, buat kerja part time jadi salesgirl jual apartment.  Di samping itu terlibat dalam MLM dan mengajar tuisyen Matematik dan English sambil itu menolong ibunya menghantar jahitan yang dah siap kepada pelanggan.  Korang tengok sendiri trailer filem ini dan mesti korang rasa bersemangat!  Dah ada kat  YouTube dah, haku memang obses gila dengan filem-filem kat YouTube especially filem Indo.  Rasa-rasanya hampir semua aku dah tarah sampai drama derang pun aku balun sekali.



OK.  Nak dapatkan kereta Honda City dengan cara yang lebih senang lagi tak??? Taklah korang susah susah macam si Keke.  iPad pun korang boleh dapat.  Haaaaaaa.. pertama korang mestilah pengguna prepaid DiGi.  Ye ke tak??? Kalau ya, OK korang ikut arahan KAT SINI.  Good luck sayang!! 


*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Tuesday, April 19, 2011

Body Ku Letih Dilenjan Mesin

Bangun pagi agak lambat. Sikitlah.  Cepat-cepat rebus sosej dua ketul untuk sarapan.  Sambil menunggu sosej timbul, hehe.. kalau timbul masaklah tu, haku balun SlimDietII.  Oh, padanlah terasa aneh hari ini, macam tak seceria selalu sebab ada meeting pagi ni. Sampai ofis, bukak beg mekap dan tenyeh lebih kurang kat muka.  Pukul 9 suku cepat-cepat pergi meeting room dan agihkan minit mesyuarat.  Boss tak sampai sampai lagi ni.  Nampak karipap dan kek sarang semut atas meja.  OK.  Amik kopi secawan, amik karipap seketul dan kek sehiris, nom nom nom.... Lepas tu boss masuk dan meeting. Bla.. bla.. bla.. tak sedar pukul 11:30 pagi meeting habis.  Cepat ler pulak abis arini.

Balik ofis sambung balik taip minit, koman-koman kena siap lusa ni sebab hari Jumaat cuti umum kat Sarawak.  Waktu lunch sembang sembang kat pantry kejap lepas tu sambung kerja balik sampai jam lima.  Lepas tu ahhh hari Selasa, hari membuang lemak!  Sampai kat penimbang cuma 500 gram je turun dalam masa 3 hari???? Adoi bilolah den nak kurus nih.

Balik rumah bukak esbok jumpa fishball dan chicken ball.  Amik sayur sawi setangkai terus rebus buat sup campur ngan fishball dan chicken ball.  Ngap lagi.  Lepas tu makan epal hijau setengah bijik.  Seksa macam ni tau.  Dah rasa macam kacukan manusia dan kambing.  = ManuBing atau KambSia.  Hahaha...

OK.  Dah tak larat nak menaip lagi.  Rasa sakit lenguh letih penat seluruh badan dah dilenjan dengan mesin tadi.  Beauty is pain indeed.  Sesungguhnya kankankan?

.... sorry kalau coretan ini bosan.  Mata dah separa tutup ni tiba tiba rasa ngantuk pulak.  Babai.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Friday, April 15, 2011

Balagi Dah Turun 81kg - Teruskan Usaha Mu!!


Semangat!!!  Semakin membara semangat nak turunkan berat badan dan rasa teruja bila baca berita ini.


GEORGE TOWN – Selepas kira-kira enam bulan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), keadaan lelaki obes, M. Balagi, 44, kini semakin baik apabila berat badannya yang dahulu mencecah 300 kilogram (kg) kini turun kepada 219 kg. Perubahan itu hasil diet Balagi yang mengamalkan minuman susu rendah lemak sahaja selain menjalani latihan fisioterapi setiap hari di bawah bimbingan pakar-pakar di HPP. Sebelum ini berat Balagi berjaya diturunkan kepada 280 kg selepas 20 hari di tempatkan di HPP dan turun lagi tiga bulan kemudian kepada 240kg sebelum mencecah 230 kg bulan lalu.
Balagi yang kelihatan semakin sihat bagaimanapun masih dirawat di wad HPP kerana masih tidak mampu berdiri akibat kesan kecederaan di bahagian pinggang semasa jatuh di dalam bilik air di rumahnya pada 26 Oktober tahun lalu. “Menurut doktor, saya masih perlu tinggal di sini untuk satu tempoh yang belum dapat dipastikan bagi memastikan saya betul-betul pulih dan boleh mengimbangkan badan supaya dapat berjalan seperti dahulu. “Memang bosan sangat kerana sudah lama terlantar di sini, namun saya gembira dengan perubahan berat badan serta cukup berterima kasih kepada doktor, jururawat serta jurulatih fisioterapi di sini,” ujarnya ketika ditemui.
Kita lihat nanti lepas sebulan berapa berat badan Balagi.  Oh ya, Mizz Coki pun tak sabar menunggu 9 May, nak tengok berapa inci dan kilo yang hilang jugak.  Tetap tak nak kalah dengan Balagi.  Hari ni dah masuk genap 7 hari diet kontrol makan, curi-curi makan nasi ada gak tapi setakat satu sudu makan je, just elakkan kempunan, haha!!

p/s:  Rasa seronok giler hari Khamis lepas sebab scale elektronik dah boleh baca berat Mizz Coki.  Sial hawau tak?


[+] Info:  Hey! Nak tau macam mana sifat Blackberry korang?  Klik Sini Ya!


*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!