Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Ish. Malas Pulak Rasanya Nak Kerja [Mood Cuti Sudah On!!]

Dah bulan May kan?  Tak terasa.  Rasa hati ni meronta-ronta nak bercuti.  Tak ke mana pun.  Just dok rumah, jadi mem besar.  Takpun tukang masak untuk budak gebu ni.  Cik abang kata minggu ni nak pergi Lundu, wah rindu lah nak pergi sana.  Rasa nak ikut sekali haha.  Bulan ni saya dah cuti mulai 30 May.  28 May saya dah ke Betong sebab ada urusan.  6 Jun baru kerja balik.  Bosan dengan mesyuarat tak habis-habis.  Bawak balik minit mesyuarat konon nak buat kat rumah tapi last-last lain pulak jadinya.  Asik keluar, habiskan duit beli barang tak perlu haha.  Tapi sebenarnya niat hati nak berjalan, nak exercise sikit sebab saya jenis yang senang gila berpeluh.  Jalan lima minit dah lencun t-shirt macam jogging 10 batu. Kalau berpeluh lemak terbakar tau? So balance lah untuk ganti balik lemak yang diternak selama cuti.  Mana dengan Lontong, Nasi Goreng, Kolo Mee, macam PMS pulak.  A ah.. PMS kut?


Budak gebu ni makin montok la pulak.  Adoi ni kalau dah masuk 20 tahun tah laku ke tidak.  Ada yang nak pinang ke? Haha... Dia paling suka kalau hujung minggu sebab saya dok rumah dan boleh masak untuk dia. Puteri tunggal kesayangan semua orang ni kalau marah memang diva habis.  Ooopss!  Macam mama dia  acuan macam tulah kuih dia kata papanya.  Tak lama lagi ada ujian budak ni tak habis-habis dengan laptop dan YouTube.  Pun macam mamanya jugak.

Tak lama lagi adalah teman mama dia shopping dan bergossip.  Sekarang pun dah terserlah ciri-ciri dia haha.  Bercakap tentang happy bersama-sama ni saja nak khabar ada promosi hebaaaak ni. Korang baca OK?  Siapa Nak Ikut Pergi The Beauty Face, Angkat Tangan!

MAD Deal of the Day: RM68 instead of RM1080 for Full Body Lightening + Jacuzzi + Herbal Ball Back & Neck Massage for TWO PEOPLE and RM300 Service or Product Voucher at Beauty Face, Wisma UOA II.  Ohhhhhhhh A DOUBLE DEAL! This is just for the girlies. Spend some time with your girl friends. After all, a hectic schedule should never come in between a friendship bond ;)  Tell your friends and be rewarded with each purchase!

Klik gambar di atas untuk dapatkan voucher percuma!!

*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Saturday, April 30, 2011

Hari Pekerja & Keluarga Comel Pergi Eksesais!

SELAMAT HARI PEKERJA, HAPPY LABOUR DAY!

Wahh, seronok kan besok Cuti Peristiwa. Alangkah indahnya kalau setiap cuti umum tu jatuh pada hari Ahad hahahaha....


Heheh.  Sorry Desk.  Saya nak rehat rehat gila.  Dah boring ngadap awak hari-hari, boleh tak?


Hari Jumaat kebetulan balik awal.  Hmm... sampai di rumah terus tukar baju dan pakai kasut sukan.  Destinasi seterusnya ialah Taman Lalulintas kat Kenyalang Park sebab tak jauh dari rumah.  Drive dua tiga minit je dah sampai.  Gabby dan cousin nya Easter pun ikut sekali kesian budak dua ekor tu asyik terperap dok rumah aje.  Sampai je terus lari lari anak menuju ke playground.  Bergoyang-goyang lemak perut Gabby, haha.

Saya dan hubby pun tak nak ketinggalan.  Lepas penat buat dua tiga round briskwalking terus berebut duduk atas jongkang jongket.


Sejak keluar dari hospital dan sejak air dah dibuang dari badan, hubby dah susut lebih 10 kilogram katanya. Tapi memang ketara lah sebab seluar dia dah susut 4 inci.  Jeles gila saya tau.



Saja tegakkan kaki nak buat efek hubby lebih berat gitu.  Haha.  Kena turun cepat cepat sebab skru jongkat jongket tu dah tertanggal.  Ganas sungguh budak-budak kat sini eeeeiii!!


Haha.  Gambar tak boleh blah.  Kesian Easter tak turun-turun bila Gabby duduk.  Last-last sebab boring, budak-budak ni pun main buaian.

Kiterang balik cepat-cepat sebab dah Maghrib pun.  Sebenarnya hehe, sebenarnya saya kepingin sangat nak tengok majlis pernikahan Prince William dan Kate Middleton.  Wow.. ramai awek-awek kat luar sana makan hati kan sebab Prince Charming derang akhirnya memilih Kate Middleton yang dulu dah break off sekejap dan lepas tu buat Botox, buat hidung, bibir dan buah dada kemudian berjaya mengikat si buah hati forever and ever.  

As what they narrate in the fairy tales, .... They live happily ever after.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Thursday, April 28, 2011

The Blind Side di HBO - Kisah Benar Tentang Anak Angkat Kulit Hitam

Iye iye ajer aritu buat entri pasal Awang Hitam yang menipu gadis-gadis muda tempatan untuk menyeludup dadah aritu.  Well, manusia dah namanya pun orang, we are not perfect.  Bukan semua Awang Hitam tu jahat.  Tengok Barrack Obama.  Hehe.  Ke situ pulak.

Well, kali ini haku just nak share satu movie yang sedang hot kat HBO, berjudul THE BLIND SIDE.  Mengisahkan sebuah keluarga kulit putih iaitu keluarga Tuohy yang kaya raya, elit, vogue dan high class mengambil Michael Oher seorang remaja kulit hitam dari kejiranan ghetto untuk menjadi ahli keluarga baru mereka.


Ini adalah Michael Oher dan keluarga angkatnya yang sebenar.  Sweet kan gambar ni?  Filem ni memang very worth to watch it sebab sangat memberi inspirasi kepada semua orang.  Ada beberapa scene yang menyentuh perasaan seperti bila Leigh Ann hantar Michael masuk universiti, dia cepat-cepat minta diri nak balik sebab sebenarnya dia sebak nak berjauhan dengan Michael.  Sungguh menyentuh naluri keibuan.  Daripada seorang budak yang diabaikan dari segi kehidupan dan pelajaran, Leigh Ann mendidik Michael siap upah personal tutor lagi untuk meningkatkan prestasi pelajarannya sekaligus membolehkan Michael masuk universiti dan mendapat biasiswa.  Selain daripada itu, Michael juga mempunyai prestasi yang sangat bagus dalam sukan 'football' (American Football).  


Kalau Leigh Ann Tuohy boleh buat Michael jadi anak dia tanpa mempedulikan status hidup dan warna kulitnya haku nak menyeru lah kepada kawan-kawan kat luar sana tu especially dari Sarawak.  Kalau korang terbaca blog ini, haku sebenarnya teringin nak cari anak angkat.  Kesian Gabby takde adik huhu.  Tak kisah, lelaki ke perempuan ke haku nak.  Bukan haku tutup kilang dan bukan kilang tak produktif tapi dengan keadaan fizikal macam haku kalau mengandung pun akan membahayakan kesihatan baby.  Sian baby dok dalam bilik sempit haha... serius.  So, kalau korang ada sedara-mara ke, handai-taulan ke, atau ada ibu tunggal yang berkahwin ataupun tidak (kes brek tak makan hehe) kalau derang sudi nak bagi kat Mizz Coki boleh kontek Mizz Coki terus OK?  Mizz Coki tak garang, bagitau lah up-up kan sikit yang aku ibu yang penyayang, comel, baik hati, suka budak-budak, suka masak, nanti baby mesti sihat macam Gabby jugak.  Nak gi Jabatan Kebajikan Masyarakat macam banyak sangat red tab dia, maklumlah gomen Malaysia.  

Bercakap tentang keluarga ni kan, Pizza Hut menawarkan diskaun 50% untuk korang makan bersama family dari Isnin hingga Jumaat.  Kalau selalu haku bawak family makan kat Pizza Hut memang bill cecah RM100 punya bayangkan kalau dapat diskaun 50% tu huuuuuuuuu boleh makan 2 KALI!!.  

Cepat, dapatkan tawaran hebat ini .......................







Klik ---> DI SINI!!






*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Monday, April 25, 2011

Facebook Buat Dunia Jadi Kecik Aje!

Memang Facebook ni buat dunia jadi kecil.

Pusing-pusing, pusing-pusing, jumpa orang yang kita kenal.  Yang paling best, kita kenal orang di sekeliling mereka bila tengok 'mutual friends'.  Tadi haku bukaklah FB macam biasa.  Tiba-tiba nampak satu mesej kat inbox tanya khabar ayah dan kirim salam kat dia.  Haku dah rasa lain dah terus tanya sama ada dia kenal ayah aku.  Lepas tu orang tu balas balik.  Dia kata ya, sama-sama training askar kat Melaka tahun 1973 dulu.

Aku bagitau uncle tu mintak maaf sebab tak tau nak cakap just bagitau yang ayah dah takde lagi.  Sedih gila time aku menaip tu.  Lepas tu aku add lah dia dalam friend list, yelah kawan ayah pun kawan aku jugak kan? Kan aku anak ayah?? Haha..  Iye Memang aku anak ayah suma orang tau.... semua cakap aku macam ayah. Cara cakap, gelak, lawak bodoh.  Damn.  Time ni aku teringat sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir, dia menoleh tengok aku yang duduk kat luar, kemudian dia tumbang.  Trauma aku sampai hari ini.  Malam terakhir dengan ayah, seronok gila dia balun habis buah anggur dalam peti sejuk.  Buat ribena ice lagi petang tu.  Tak sangka malam tu lah malam terakhir aku dengan ayah.  Oh ya, hari ini payday rupanya.  Lagilah aku teringat kat dia sebab time terima gaji nilah kami saling calling-calling dan dia promise nak masak sedap-sedap kalau aku datang (bayar elaun kat mak).  Rindunya.... tak terasa dah dekat 2 tahun dia pergi.  

OK. Kita tinggal dulu cerita sedih sebelum aku meraung macam Jennifer Hudson.  Balik kepada cerita uncle tadi, bila aku belek-belek album gambar rupa-rupanya aku kenal anak dia, satu sekolah lak tu!!  Sekarang tempat kerja pun di bawah satu jabatan.  Kecik kan dunia ni??? Hehe.

[Foto: Bukan Mak Coki, ni mak rimau..auuummm hahaha.. Comel tak?]


Sejak ayah takde mak lah tempat menumpang kasih.  Kadang-kadang kiterang suka buli mak sebab dia sangat penyabar dan susah nak tengok dia marah.  Owwwhh... kalaulah ada hati haku sesuci hati mak.... Errmm, eh ada kontes lah sempena Hari Ibu tak lama lagi weh.  8 Mei nanti adalah Hari Ibu.  Untuk menyatakan kasih dan cinta pada ibu-ibu  kita mari kita sama-sama amik bahagian dalam peraduan INI.  Korang ada Facebook kan???  Kalau ada apalagi amik kamera tak kisah Lomo ke, Digital ke, DSLR canggih atau henpon cabuk macam haku jom kita klik klik gambar ngan Mak!!!





*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Thursday, April 7, 2011

Bila Suami Masuk Wad - Bahagian 3

Sambungan lagi ye adik adik,

Eleleeee... buat buat muka pulak dia.  Kui kui kui... bagus, 

Entri kali ini pulak Mizz Coki sebenarnya nak tegur tentang kebersihan tandas bukan tandas awam tapi untuk kegunaan pesakit kat wad ni.  Adoimak.  Malu pun ada.  Sebagai kakitangan Jabatan Kesihatan kita seolah-olah memberi first impression yang burok gila pada orang ramai.


Ni tau tak apekebende nih?  Ni lah ketur, tempat beyak tu, orang Sarawak panggil 'tampoi' ni tampoi tin hoccay?  Motif derang biarkan terdampar di atas lantai?  Tak reti ke Support Service nak ambik dan letak elok elok?


Ni, dulu ex-boss Mizz Coki tak suka kalau hose paip terlantar atas lantai lebih lebih lagi kalau basah.  Pak Engku memang benci gila.  Pengotor katanya.  Nampak tak kertas tisu yang dibuang dekat lubang air tu?  Adoi....
Kita nak marah pun tak boleh jugak sebab rata-rata yang dok kat wad tu orang kampung, orang susah, kalo orang kaya dah pergi KPJ, Normah, Timberland....  Tak reti flush lepas buang air pun ada jugak.  Yang ni Mizz Coki dah flush sebab bau hancing adoiii kalah hancing kuda.

Misi misi semua sporting gila sebab izinkan Mizz Coki kongsi sekatil dengan hubby.  Weiitt.. takdelah adegan peluk peluk atas tu, hawauuu!

Mizz Coki sebenarnya ikutkan scale gaji, memang layak untuk Wad Kelas Satu tapi cik abang ni yang suka dok wad biasa.  Sunyi katanya.  Sunyi apa yang Mizz Coki siang malam di sisi dia membebel pot pet pot pet kankankan?  2 hari terakhir kat wad baru dia dipindahkan ke Kelas Dua itupun sebab Mizz Coki bagi alasan, darah dia melonjak tinggi sebab dok kat wad yang panas tu.  Kat tempat baru ada aircond; barulah dia beransur sihat dan tak stress lagi sebab tekanan darah dah mula stabil.

Lenkali kalo masuk wad Mizz Coki tak kisah, cik abang kena dok Kelas Satu jugak.  Sayang, kemudahan tak digunakan sepenuhnya.  Korang setuju kan????



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Sunday, April 3, 2011

Bila Suami Masuk Wad - Bahagian 2

OK. Sambungan.

Selepas di X-ray dan didiagnos, semuanya berpunca gara-gara hypertension/darah tinggi.  Itulah, dulu dulu orang suruh pergi klinik, pergi periksa tapi tak nak. Disebabkan darah tinggi sangat sampai mengganggu fungsi buah pinggang jadi air bertakung dan jadi edema.  Daripada kaki kembang naik ke peha dan perut!  Bayangkan perut boleh kembung dan seluar tak boleh dizip hanya dalam masa seminggu.  Bila dah kena perut air masuk ke paru-parut dan menyebabkan sesak nafas.  Bila dah sesak nafas, jantung pulak bekerja terlalu kuat mengepam udara, akhirnya jantung pun jadi kembang. 


Ni beg kencing.  Bila dah tau air terlalu banyak dalam badan, doktor pun mengarahkan supaya drip dibuat.  Masa ni takleh minum air lebih dari 1 liter dalam masa 24 jam.  Bayangkanlah.....


Betapa cepatnya kencing keluar, adoiii... Mizz Coki dah kira, lebih 16 liter air dikeluarkan dari badan hubby.


... Lega.. ni baru rasa lega sikit, katil dah boleh direbahkan sedikit, nafas sudah kurang semput.  Mizz Coki rasa beruntung sebab ramai adik-adik dari SEGI, UiTM, UNIMAS, KSKB yang rajin-rajin dan bersungguh-sungguh bila buat praktikal kat wad ni.  Ada-ada aje yang mereka buat dan sangat prihatin dengan pesakit-pesakit di sini.

Sambungan lagi lepas ni, memang sengaja buat pendek pendek sebab Mizz Coki ada banyak kerja nak dibuat.




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Wednesday, March 30, 2011

Bila Suami Masuk Wad - Bahagian 1

23 Mac yang lalu Nyung Nyung dimasukkan ke wad perubatan kerana 'Young Hypertension'.  Tension kerana mulut becok isterimu kah wahai suamiku? Hahahaa...  Sebenarnya penyakit dia ni lama dia dah tanggung, disuruh berubat takmo.  Amik ko orang degil.  Haaa..degilllah lagi.  Intention nak pergi ke hospital sebab dia dah tak larat lagi dah.  Tidur dah tahap duduk, nafas semput, berjalan kaki 3-4 langkah pastu nak pitam.



Suasana di satu sudut di Pusat Kecemasan dan Trauma, memang trauma Mizz Coki menunggu suami tercinta yang sedang dirawat di Zon Merah.  *berdebar.


Sah.  Ni masa mula-mula masuk ke Wad Perubatan di tingkat 8.  Kesian bila tengok dia begini.  Itulah. Lenkali jangan degil.


Yang ni apsal lak termenung yang oi?  Ooohhh, boring ye.  Kalau dulu-dulu pergi hospital/klinik taklah check-in kat 'hotel 5 bintang' ni.  

Mizz Coki dengan rasminya menjadi jururawat tak bertauliah menjaga suami tercinta selama 5 hari 4 malam.  Mizz Coki ada banyak kerja nak dibuat lepas ni.  Kerja pejabat lah, masak untuk orang sakitlah, heeheh... kena jaga pemakanan budak nakal sorang ni.

Nanti Mizz Coki buat sambungan cerita kat hospital lagi ye.  Ada banyak adventures yang kita telah lalui bersama!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Friday, March 18, 2011

Tadi Godek-Godek FB si Gabby...... Auuwwwww Terharunya!

Budak-budak sekarang..... mak dia ada FB dia nak jugak.  Orang ada blog, dia nak ada jugak.



Tapi pernah tak korang godek-godek FB anak-anak ke, anak buah ke..... Lepas breakfast, konon nak start menjahit tapi terbukak laptop (terbukak ke??? ahahahha) dan bukak profile FB milik Gabby.  OK, korang bacalah sendiri.  Kita pun tak sangka dia boleh buat karangan 'sebagus' ini.



Hi , my name is Gabriella and I am 11 years old . I am studying in SK.ST.Teresa , Kuching and currently in class 5B . It is great pleasure to meet you all ! .

I was born on the 7th of November and my horoscope is a scorpio and dragon is the chinese . My birthplace is at the Sarawak General Hospital which is near my mother ' s old office . My blood type is O and I am a lefty . My height is 5"2 and my weight , is a secret . I cannot tell you because I am overweight .


My hobbies are drawing , reading , internet surfing for 24 hours . My special skill is eating . The strong point(s) of mine is/are being bright , cheerful and also can get along with anyone . But the weak(est) point(s) in me is I get angry really easily and being selfish . I have a habit of moving the chair when I am on the internet . My favorite colors are pink , black and white and I like all flowers . The things I like are anything cute and pink , the internet and all magical girl things . The things I hate is getting scolded by my parents or the teacher , looking touching bugs by hearing annoying noises of them and people take Lionel Messi from me . The things I am scared of is my father when he
is angry , bugs , rollercoasters , haunted houses , ghosts , cockroaches and wild animals . My favorite word is ' I ♥ You ' I ♥ the winter cuz ' I can go out to play whenever I want . I like to eat rice , eggs , mushroom soup , chicken wing . English is my best subject and I love drinking orange juice and cold milo . My charm point is my sweet smile .

My favorite animals are cats and puppies . The most respected person in life is my mom , my best friends in the whole wide world and Lionel Messi . Running and work-outs are my favorite sports . I like to wear anything cute , frilly , glittery , heart shaped patterned clothing with ribbons and more glittery . The personal treasure of mine is my favorite pillow . The activities on holidays I did are FB-ing , listening to the music in the internet , looking through my favorite show in the internet and studying for school . When I am going to a deserted island , I will bring all beach attire with delicious food ( Yum !! ) . If I won a lottery , I will use the money for shopping , shopping . When , I grow up , I want to be a model and singer . I want to go all around the world . My favorite spot is a shopping mall , restraunt , beach and the PLAYGROUND . In a group , I would probally be a dumb one but a big helping hand .

The most respected person in her life is Mizz Coki.  Terima kasih wahai anakku... Semoga ko membesar bagai johan dalam semua aspek yang positif dalam hidup.  Amen.


Kalau part nak jadi 'model' tu... Mizz Coki rasa memang kena reject dengan Papa nya..... Hahhaha!!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Monday, March 14, 2011

10,000 Langkah Sehari - Reminder dari Anak Dara Mizz Coki!

Bukan exercise, pooodahhhh!!

8 pagi - 10 pagi :  Taip minit mesyuarat, ambil surat-surat dari tray boss dan edarkan...


Berkawad kiri kanan kiri, menuju ke pigeon hole dan bilik pentadbiran sambil menyapa teman-teman....


Kembali lagi ke bilik dan sambung kerja.... boss pulak dah pergi klinik.  Oh ya, hari klinik setiap Isnin.


Pukul 11 pagi perut terasa berkeriuk, bukan keriuk keriuk bawang Mie Sedaap tu tapi keriuk lapar.  Cacing kerawit sudah berjoget agaknya... kiri kanan kiri, berkawad menuju pantry!


Lepas buat Nescafe O, bawak balik masuk bilik.  Sambil buat minit mesyuarat.... sambil menikmati Nescafe dan Kompia.

Ulangi proses yang sama untuk beberapa kali lagi hari ini.  Rasanya jantung ni belum cukup sihat, ahahhaha!!!

Balik ke rumah, anak dara Mizz Coki yang tomel itu bagi reminder,

"I DON'T THINK THEY'RE GONNA SHUT DOWN THE FACEBOOK TOMORROW, MAMA!"

A'ah.  Ye tak ye jugak kan? Esok kan 15 Mac 2011???

Nampaknya semua sibuk dengan tsunami di Sendai.




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!