Showing posts with label mekap. Show all posts
Showing posts with label mekap. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Kuasa Mekap - The Power of Make Up!

Sebagai seorang P.A., sudah semestinya pandai bermekap itu salu kelebihan yang mesti dipelajari. Mizz Coki pun macam tu jugak. Sebab tu hujung minggu, Mizz Coki rasa bebas sebab tak payah letak satu apa pun kat muka kecuali krim Fair & Lovely sebagai penangkis panahan matahari.

Tak dinafikan juga mekap berkuasa merubah wajah yang kuyu, lesu, pucat lesi dan biasa-biasa menjadi luarbiasa cantiknya!  Lihat sendiri contoh-contoh gambar di bawah ini.




Mizz Coki jarang bermekap di rumah sebab malas, kedua tak sempat haha.  Selalunya mekap kat office lah.  Muka memang seratus peratus tapai basi tapi lepas pukul 9 a.m. barulah berseri kembali.  Tengok gambar bawah, belah kiri muka pucat, kanan dah touch up dah santekkk!


Lepas pakai blush terus nampak tulang pipi, HAHAHAHA!!





*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Sunday, February 13, 2011

Nak Dapatkan Bibir Mungil Tanpa Suntikan Kolagen?

Haaaaaa....

Jangan ingat Angelina Jolie jerk dapat bibir tebal semulajadi tanpa botox dan kolagen.  Enjelinah Juling pun boleh jugak.  Dah, dah.  Toksah korek duit, toksah guna kad kredit nak pegi cucuk cucuk.  Modal nak buat lip kita jadi plumpy ni murah aje taw.

Bahan-bahan diperlukan, (macam resepi Ayam Masak Kicap dah ahahahha....):

Sebatang lipstik
Sebatang lipgloss
Sebatang lipliner
Lip Balm atau Petroleum Jelly
Tisu 

Mula-mula, tengok cermin, bibir anda merekah, terkopek atau sihat gebu?  Kalau bermasalah, sila sapukan bibir anda dengan Petroleum Jelly dan biarkan dalam 15 minit.   Lepas itu ambik tisu dan lap bibir anda.  Masa ni bibir dah lembab kembali.
Ambik lipliner dan gariskan bibir anda.  Ingat, jangan ikut garisan bibir tetapi pandai-pandailah menggaris di luar garis bibir.
Lepas itu sapukan bibir anda dengan gincu bibir pilihan anda.
Akhir sekali, sapukan lipgloss untuk efek berkilat dramatik!

Heheheh.. tembam nya bibir!



Motif lobang idong kena tutup? Haha.  Saja buat gimik.

Selamat mencuba!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Sunday, September 19, 2010

UBAT JERAWAT - ENTRI PALING NGERI DI ABAD KE 21





Wuiks? Nama depan kiterang sama ler pulak. Kesian kan wanita ni. Semata-mata nak nampak cantik, duit terbang, wajah pun terbakar katanya. Sungguh kesian bila membaca kisah dia. Mesti korang kat luar sana kata dia ni bodoh sebab pedajalkan duit sampai empat ribu ringgit beli kosmetik dari Hong Kong tapi itulah, macam ai kata tadi nak cantik punya pasal kan?  Banyak merapu la pulak. Bercakap tentang pasal nak cantik ni kan, ai ni pun bukan lah dilahirkan dengan wajah selicin montot bayi. Jerawat pasir memang dah jadi teman sejati sejak azali lagi. Masuk baligh je macam dah disemai bijik jerawat dah la banyak, tiap-tiap hari jari ni mesti gatal nak korek-korek jerawat tu dalam kelas. Kiterang dalam kelas suka kongsi tips kecantikan yang tidak diketahui kesahihan dan asal usulnya. 

Oleh itu kat entri kali ini ai nak kongsi lah tips dan petua pelik-pelik untuk menghilangkan jerawat dan menjadikan anda secantik Maya Karin ataupun Lisa Surihani. Takkan ai sorang nak jadi pelik, mesti ajak kawan-kawan kat luar sana kan? Hahahaha.... OK. Dengan tidak membuang masa lagi, kita mulakan sesi berkongsi tips, weih, ada warning dulu ni.  18SG - tidak sesuai untuk orang yang mengandung dan lemah semangat.  KAH KAH KAH.

Petua:

a.  Colgate:  Sapukan ubat gigi Colgate dan ratakan ke seluruh wajah seperti masker.  Hasilnya keesokan paginya wajah ai macam udang kena panggang!  Yang lucunya pipi ai bulat je merah, macam Santa Claus pun iye jugak.  Kusss semangat!  Gagal.


b.  Bawang Putih:  Potong dua bawang putih ye puan-puan.  Sapukan getah bawang putih tadi ke wajah anda.  Hehe.  Bau takyah cakaplah, dah namanya bawang.  Tapi yang ai tak tahan ialah tahap kepedihan dek gosokan getah bawang putih tu.  Tak sampai 10 minit ai lari pecut 100 meter ke tandas cuci muka sebersih-bersihnya.  Lega kau.  Memang terbakar gila rasanya.  Deeii, sapa punya idea daaa buat petua tu.  Dengan ai sekali ikut bongok.  Misi gagal.  Pontianak baca entri ni mesti gelak.


"Hmmmm....Tiak sapa bau bawang neh?" *pengsan*

c.  Kapas dan putih telor - Agak masuk akal sedikit tapi diingatkan bahawa jangan tertidur ketika memakai masker yang diperbuat daripada dua bahan ini.  Ai cakap ikut pengalaman, masa mula-mula pakai tu ai tertidur selama 4 jam.  Sedap punya pasal.  Mak Su ai yang buatkan tau.  Bila part nak tanggalkan masker yang dah kering tu ai meraung-meraung sebab memang melekat gila, mau terkoyak kulit muka time tu lah jugak.  Weh!  Pesal ai lupa nak tanggalkan masker tu guna air kan?  Bongok lagi.  Misi sekali lagi telah gagal.  Ai serik tau.


d.  Seluar tecik @ seluar dalam @ spentot - Panggillah apa saja.  Yang penting kita pakai dalam kain.  Haha.  Masa mandi tu, gosok-gosokkanlah seluar dalam yang dah dipakai (yang belum dibasuh, yang berbau sedikit masham, ada bau bau sardin, hahahaha) ke wajah.  Ingat, guna seluar dalam sendiri.  Jangan pakai orang lain punya tak pasal-pasal hilang jerawat tumbuh kayap!  KAH KAH KAH.  


"Ai... tak dapat bernapas dalam lumpur, auuwwhh...... plffttsss"

e.  Darah Haid -  Ayoyo amma tambey..... Inilah petua paling sadis yang pernah ai cuba.  Amazing Race Asia, sila ambil perhatian.  :p  Bayangkan melihat wajah di cermin dinding sambil menghidu bau hanyir darah manusia.   Guna darah sendiri OK?  Jangan mimpi ekk Edward Cullen datang malam-malam buta dan cakap kat korang yang korang adalah 'his personal brand of heroine'.  Ai tak tanggung.  Sebab sekali lagi, misi ai gagal.  


"Eh he he he he..tak berani ekk?..."

Ai betul-betul give up dan serik nak buat apa-apalah.  Sampai masa masuk uni, ada sorang minah ni teman sekuliah yang sudah berkahwin bagi tau yang semua ini adalah disebabkan hormon.  Tak payah susah-susah, besok-besok dah berlaki, taulah jerawat tu surut.  Jangan risau.  Ramai orang ada masalah macam ni.  Ai mula percaya akan semua kata-katanya.  Berhenti berharap.

Bila masuk umur 21 tahun, jerawat pun surutlah! Terima kasih sahabatku di atas nasihatmu kalau tidak mungkin ai akan mengalami  nasib yang sama seperti cerita di atas.  Yang penting, kecantikan itu adalah dari dalam diri, banyakkan minum air putih sebab ia membantu membuang toksik, kurangkan makanan bergoreng, cukupkan tidur dan yang penting sekali, dengar ye anak-anak dara semua, dalam beg mekap tu simpanlah menatang yang bernama concealer.  Ia banyak membantu!