Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

My Honeymoon - Tempat Desserts Sedap Sedap

Masih lagi dalam mood nak makan dessert yang manis-manis dan sedap apa kata kita cekitdout MY HONEYMOON.  Tempat dessert ni halal dan dia ada baaaaaaaaaaaaaaaanyak dessert yang best best untuk dinikmati.


OK.  MY HONEYMOON ada banyak outlet sekitar KL jadi korang boleh cari kat tempat-tempat ni:

a. Kepong
b. One Utama
c. Puchong IOI
d. Sunway Pyramid
e. Kuchai Lama
f. Kota Damansara

Ahhh, ada promosi berlangsung sekarang.  

Jadilah 100 pemenang pertama yang bagi komen kat Facebook My Honeymoon untuk dapat free dessert untuk seminggu berserta voucher diskaun.  OK, jangan buang masa, join lah KAT SINI.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Monday, April 11, 2011

Makanan Tradisi: Inang-Inang @ Enang-Enang dari Melaka

Selalu nampak Inang Inang kat TV.  Tapi dah boleh agak rasa dia macam masin masing pastu garing.  Sedap je nampaknya.  Mizz Coki dapat Inang-Inang ni daripada seorang doktor yang berasal dari Melaka.  Ni jajan orang Melaka ni.  Haritu dia balik kampung jadi sempatlah belikan ole-ole buat kami.  Thanks doc! 


Murah je Inang-Inang ni dalam seringgit lebih je dapat 20 keping.  Cara menikmatinya korang kena goreng dulu ye. 


Dukacita dimaklumkan yang Mizz Coki cuma dapat merasa sekeping aje bukan sebab Inang-Inang ni sedap sangat sampai habis direbut tapi Mizz Coki ehem ehem tengah kononnya berdiet sekarang jadi sebarang karbohidrat dan makanan bergoreng kena ketepikan dulu.

Tapi serius, Inang-Inang ni sangat sedap dinikmati bersama teh panas!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Thursday, April 7, 2011

Telur Ayam Palsu Dah Mai kat Georgetown, Wahai Orang-Orang Penang dan Negeri-Negeri Lain, Berhati-hatilah!!

Mai sini ramai ramai, Mizz Coki nak habaq sat noo... Teloq pelesu dah mai dah weh!


Ni cheghita Mizz Coki dapat dari emel.  Ada sorang suri rumah beli teloq satu tray kat Pulau Tikus.  Bila dia dah tau telur-telur tu semua palsu dia terus bawak telur tu pergi ke pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Dia sedar keanehan telo-telo itu waktu nak memasaknya.

Katanya, telo telo tu tak berbau macam telo ayam biasa dan tawar.  Rupa bentuk telo telo itu pun ada sedikit aneh dan lebih besaq dari teloq ayam biasa.  Haha.. telor..telor...

Permukaan teloq tipu lebih kasaq berbanding dengan yang asli.  Yang pasti, telur putih dan kuning pelesu tu senang bercampur tak macam yang asli.

Selepas direbus, telur pelesu tadi nampak lebih kekuningan berbanding telur normal.  
Masalah telur pelesu ni, kalau kita tak was-was, senang tertipu sebab rupa dia memang sebijik sejibun telur asli.




Yang lucunya, telur asli lagi murah, satu tray RM10.50.  Telur pelesu tu RM11.00 satu tray.  Terbalik pulak!

Jadi, hati-hatilah ye, macam Mizz Coki takpe mahal kalau ada duit belilah yang buatan Malaysia yang ada Omega tu.  Adoi seriau jugak bila mengenangkan bahan kimia macam paraffin wax yang depa dok guna buat teloq pelesu tu.

Sabaq jelah..

OK.  Kat blog KASIHMOMMY ada ditunjukkan cara-cara membezakan telur ori dan pelesu.  Ibu-Ibu dan isteri-isteri, korang janganlah pergi cari 'telur' lain, haahaha... kang histeria lak laki korang, Mizz Coki tak tanggung! Haha.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Thursday, March 17, 2011

Mari Memasak Bersama Cik Gabby : Bukan Entri Ibu Saya (Lagiii??)

Haii.. Saya si bulat kesayangan mama akan mempersembahkan...

Roti Celup Telur ala Mama.

Resepi mama saya ni tau.  Macam biasa, campak telur dan pukul, tambah lada sulah dan garam, ambik sekeping roti bantal dan celup dan goreng!

Terima kasih Mama atas resepi paling senang dalam dunia ni.  

Tapi kenapa semua resepi saya mesti ada ciri ciri telur goreng??? Hihiihh..




*** Anak Gadis Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!
(Pantun Mama saya lagi....)

Gambar Cilok Lagi! Warung Nasi Kuning dan Wikitravel

Kannn??

Ingat tak haritu Mizz Coki buat entri pasal cafe yang bernama WARUNG NASI KUNING??


Cuba bandingkan dengan gambar ini.

Foto diambil dari:  SINI!!!
Saja je.... gambar ni cantik.  Patutlah nampak familiar aje.  Anyway, nanti Mizz Coki nak cubalah Nasi Kuning dengan Rendang dia.  Kita akan buat review seperti yang telah dijanjikan.




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Wednesday, March 16, 2011

Dinner Ulangtahun Perkahwinan Kami ke 11

Holaaa!!

Terjumpa foto-foto yang sudah diEdit dalam folder Pictures. Lupa nak share kat blog so kali ini Mizz Coki akan buat entri tentang ulangtahun perkahwinan kami yang ke 11!!

Kami berkahwin sebenarnya pada 29 Februari (tahun lompat, bukan lompat katak tapi lompat gajah, muaakkaak!).  Oleh kerana 28 Februari 2011 jatuh pada hari Isnin, maka kami berdua pun decided to go to BOMBASTIC CAFE di Jalan Padungan untuk meraikan kesebelasan tahun kami dah jadi suami isteri.

Cafe ni lama dah dibuka, kami masih ingat masa mula-mula kami ke sini 5 tahun yang lalu sebab gelas jus dia sangat besar!  1 liter lebih kut isi dia.

Macam biasa, Mizz Coki sangat suka steak.  So, ni dia Black Pepper Beef Steak.  Tak tau lah tapi agaknya dia taruk Black Pepper banyak sangat sampai after taste dia pahit sikit.  Biasa-biasa je.  Sayur kobis diparut pastu campur dengan frozen veggies yang 3 in 1 tu -> karot, peas dan jagung tu.  Pastu ada kentang goreng.  Oklah tu.


Minuman Nyung Nyung haruslah jus gerganz ni.  Sedap!!  Tengoklah sendiri, macam 1 jug kan??


Untuk Cik Mek Molek macam ai ahahahahahah.. (molek apa? tak bersopan santun langsung..hahahaha) penggila kopi haruslah minum Cappucino Freeze.  Ada blended ice menggunung pastu siap cucuk payung cinonet.


Nyung Nyung tak sempat pulak amik gambar tapi nak habaq lah yang dia order Chicken Chop in Mushroom Sauce.  Tak tahan pedas katanya.. *blekk*

Ok, korang yang tatau mana tempat ni, Mizz Coki bagi alamat dia kat bawah;

Bangunan Teck Guan, 224, 

Jalan Padungan, 
 93100 Kuching, Sarawak

Tak paham lagi?? Nak peta??  Meh kita tepek sini..


Klik peta Google kat atas mana tau tak berapa jelas kan?  Yang bertanda A itulah cafenya.  Selamat menjelajah port Jalan Jalan Cari Makan!


    ♥ Mizz Coki     ♥
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Tuesday, March 15, 2011

Warung Nasi Kuning, Jalan Tun Jugah

Bukan outlet makan kat Bangunan Tun Jugah (tempat orang-orang stylo kerja ofis makan lunch! :p :p)  Ini kedai baru bukak punya, itu ganti itu kedai makan dulu-dulu nama Highway Cafe.  Baru dibuka je tempat ni, kiterang singgah sebab lapar punya pasal balik kerja.  Alasan je tu sebab kita selalu skip lunch.

Errrmm.. kedai dia simple dan bersih.  Berkonsepkan kopitiam, duduk guna bangku 'stool' (bukan najis ye!) sesuai dan selamat untuk orang bersaiz XXXXL seperti kami.  Haha.


Ni buku menu dia, nipis dan simple.  Harap-harap dapat dijaga dengan baik.  Bukan macam kat Chilli Peppers Cawangan King Centre.  Dah hancur lunyai.....Nak pegang lama-lama pun takut sampai terkopek plastik senarai menu tu, kesian sungguh. Nasi kuning dalam gambo tu macam Nasi Tumpeng kan???  Sapo tatau Nasi Tumpeng ke sila Google, malas den nak monepeknyo kek sini.

Ayam Penyet kat sini dikatakan sangat sedap tapi Mizz Coki dah bosan, 'lejuk' kata orang Sarawak so saat mata ini terpandang perkataan 'BAKSO' apa lagi, terus teringat filem ADA APA DENGAN CINTA, scene di mana Cinta (Dian Sastro) dan geng-geng kerasnya makan Bakso kat kantin sekolah.  "Enak banget baksonya!".  Sini korang akan diberi pilihan nak Mie Keriting, Kuetiaw ataupun Bihun.  Of courselah kita pilih Mie Keriting, asli donk.  Harga:  RM4.50.  Lumayan gede bakso nya, nggak seperti di Samar Indah, cilik cilik bakso nya, pakei mie kuning lagi, gak enak. Wah spiking Indo lagi koooo..  Lenkali, kalo makan kat sini kita nak mintak kurangkan mie dan sup nya, nak lebih bakso nya. eeeii buruk makan!!

Apapun makannya haruslah ada Teh O Ais manis!  Kalo kat Indonesia, ni dipanggil Es Teh Manis.  Sluurrpss... Pas banget ama Bakso yang pedes pedes gurih.  Teh kat sini harum sangat, rasanya guna teh jasmin tu.  Sedap!

Akhir sekali, pesanan dari penaja!
Makan bakso kena ada sos cili buatan sendiri.  Bukan macam Maggi, Life, Linggam dalam botol tu.  Cili kisar tu, tuang banyak-banyak!!  Sumpah, sedap.  (Pengaruh TV lagi...hahahah).

Cik abang makan Bubur Ayam dan Teh C Peng (Teh Susu Ais).  Gaya asli Indonesia tapi derang tak taruk kerupuk (keropok).  Isi ayam disiat-siat tabur banyak-banyak pastu ada bawang goreng.  Harum wangi gila!!!

Bil kiterang cuma RM11.50.  Murah sangat!!

Ok, next time datang sini, Mizz Coki akan buat review menu yang lain.  Nak try Nasi Kuning dan Rendang dia.  Nampak sedap dalam gambar.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Saturday, February 26, 2011

I Tidur Purata 4 Jam Sehari Saja!????

Tajuk entri saspeng.  Haha.

Betul adik adik semua.  I tidur tak pernah cecah 8 jam I tatau kenapa.  Kalau hari biasa, hari bekerja tu lepas tengah malam barulah I mengantuk.  Pukul 5:30 a.m. mesti dah terbangun.  Pernah jugak I cuba untuk tidur awal macam orang lain dalam pukul 9 - 10 malam macam tu.  4-5 jam kemudian gerenti terbangun.  Lepas tu pergi toilet lah dan duduk kat kerusi depan laptop dengan mata terkebil-kebil.  Depends lah, kalau time tu baru pukul 3 pagi, I bukak Facebook kejap lepas tu baru paksa diri tidur.  Kalau terbangun pukul 4 pagi pulak, memang I tak sambung tidur lagi sebab takut tersasar.

Sempat jahit menda alah ni sebab mata takleh tido.

Mata I macam dah kena program dah.  Dah cuba untuk 'reprogram' balik tapi macam tak jalan je.

Oh ya, satu lagi penyebab ialah sebab PERUT I SELALU LAPAR time tu.  Asal perut berkeriuk aje mesti terbangun.  

HAHAHAHA!!!

 OK.  Sekarang ni dah pukul 7:02 a.m.  Nak mandi pastu pergi keluar cari makanan.

"Ah Seng!!  Kolok Mee Lurus Merah satuuu, Kopi O Peng satu!!!!!!!"

Yummy.




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

Tuesday, February 22, 2011

Snek Pilihan Mizz Coki - Roti Kering Cicah Milo

Wui sedakkkk nyerr gambo!! Hik hik.

Tengoklah... tengoklah...

Ahhh?? Macam roti berkulapuk ko kata????


Nilah snek kesukaan I.  Harga murah, RM2.00 sepeket.  Sampai terbalik tanda harga tu tengoklah betapa dahsyat sedapnya.


Paling suka kalau ada raisins (kismis).  Ala, roti ni yang tak laku kat bakery derang taruk dalam oven macam buat crouton atau breadcrumb tu.  Pastu paket cantik cantik dan tayang kat display cabinet.  Lepas tu orang gemok comel macam I tengok dari luar sampai meleleh ailio terus masuk dan rembat barang 2 paket!  Cara menikmatinya?  I suka kalau cicah ngan Milo panas.  Perggghhhh!!


Inilah snek terdesak untuk orang kuat makan pada pukul 3 petang. (Atau sebab tak makan tengah hari, DIET konon!)


p/s:  Breaking News malam tadi pasal gempa bumi kat Christchurch.  Teringat terus kat blogger si Zack 'Insan Tinggi'.  Nasib baik dia kat Wellington.  Semoga ko selamat Zack.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!